Wednesday, June 6, 2012

Hatyai yang ke 100

HATYAI SEKALI LAGI MELANGKAH

Hatyai adalah satu2nya tempat di luar negara yang banyak MCo lawati, banyak faktor yang MCo banyak mengunjungi tempat ini, terutama berkenaan dengan kereta dan melancong adalah agenda kedua. Namun pada kali ini, MCo lebih suka menceritakan berkenaan bersuka ria sahaja, dan ini bukan lah kali pertama MCo menceritakan pasal Hatyai ini.
Trip kali ini merupakan satu perjalanan yang panjang dan banyak agenda percutian perlu di isi. so MCo nak ceritalah serba sedikit berkenaan dengan Hatyai, Perjalanan, dan juga siapa yang turut sama dalam trip kali ini. Serba ringkas dan tidak mahu mengulas panjang. MCo lebih suka menulis secara lalu dan tidak meleret sebab setiap gambar akan menceritakan lebih berinformasi.
Trip ini melibatkan 3 "pasukan". Pertama dari Terengganu iaitu MCo sendiri, tetapi tidak MCo sendiri kerana MCo ditemani dengan kawan baik, iaitu Syed Nor Asmera (Amir), Farid dan isterinya Lynn dan their son (Farihin). Manakala 1 lagi "pasukan" dari Penang iaitu adik sendiri Shuhir (Ha), suami Shahrizal (Shah) dan anak2. Ayuni, Asyikin dan Ahmad. Manakala "pasukan" ke 3 ialah daripada Kuala Lumpur, iaitu dua buah kereta daripada geng chevy dan ramp-it, Abang Remy dan Adam Low, semua bawa famili dan anak2.
MCo bertolak dari KTerengganu awal iaitu pada 31 Mei 2012 menuju ke hentian R&R Gurun, sebab di situ kami telah sepakat untuk bertemu dan berkumpul.
di pendekan cerita, jam 9 kami berkumpul di hentian Gurun tu dan bertolak ke Bukit Kayu Hitam.
...ok lah MCo tidak mahu berceloteh panjang, cerita seterusnya akan lebih berkisar pada gambar2 yang di upload ni, dan kepada sesiapa yang pernah melayari blog MCo ini, sudah pasti lebih tahu, bahawa MCo sememangnya tidak akan menyusun gambar2 ini TIDAK mengikut kronologi, dan berkemungkinan ada gambar yang sama tapi di ambik dari sudut yang berbeza, dan sekali lagi MCo nak jelaskan, gambar2, penceritaan dan blog ini adalah hanya koleksi MCo semata-mata, bukan untuk rujukan ilmiah namun bergitu, jika ia berguna, MCo tidak menghalang untuk memuatturun tetapi sebarang penggunaan untuk tujuan negatif, ia bukanlah tanggungjawab MCo.
akhir kata.... enjoy your explore....
MCo dan Farid di hentian R&R Gurun. kami sampai awal sini so tunggu 2 group lagi.. sambil2 tu sembang dulu...lepas minum, makan, dan solat... kami sampai sini sebelum pukul 7 lagi.
ini "pasukan" kedua sampai di Gurun Ha dan her husband "shah" and their daughter and son.
bersantai dulu sebelum bergerak, ini pun masih di R&R Gurun.
Sebelum masuk border, Thailand...kami kena buat insuran kereta dulu....so tempat persinggahahan kami sebelum masuk sana...CTC kami singgah, ini just deretan kereta dari pasukan 1 dan pasukan 3... all nabira/zafira...cuma pasukan 2 waja.
ini ialah highway daripada Gurun ke Bukit Kayu Hitam...nampak macam clear, tenang, tapi tak tahu ada speedtrap ke tak... tapi kami belasah jer... 90-120km/j.
baca di bawah..................................................................
jeng jeng... dua gambar di atas itu adalah gambar pintu masuk imigresen Malaysia... dan kalau sesiapa yang pernah tengok post MCo yang terdahulu, MCo ada mencerita dan memuat turun gambar ini. oleh itu tidak perlu lah MCo bercerita panjang.
ini lah yang MCo ceritakan tadi.. CTC tempat kami buat insuran kenderaan kalau nak masuk ke Thailand, pengisian departure and arrive card dan tukaran wang. Sedikit info.
1. Insuran RM15 untuk 9 hari
2. Departure and arrive card caj RM1 untuk satu passport
3. Nilai tukaran asing pada 1 jun 2012 ialah RM10 = baht 990. (tidak mengikut rate semasa)
hahhh!! kami dah ready nak masuk border thai... welcome to Thailand...
4 buah kereta semuanya dari Gurun ke Hatyai....so kami guna kemudahan yang boleh di dapati, kami dibekalkan dengan walki talkie yang di pinjamkan dari geng chevy. Abg Remy yang bawa kan. roger and out...... waaaaahhhh info info.....ada kereta nak memotong, sila bagi laluan...over... kali ni MCo yang jadi lead...
di sepanjang perjalanan daripada pekan Danok ke Hatyai.... macam2 permandangan yang ada, dan ini salah satunya... "maybe" patung Buddha.
V.L Hotel Hatyai, pandangan dari tempat parking, hotel di mana kami menginap.
Ooopp! gambar ni sesat.... mentang2 MCo tak susun kronologi...hehehe meh meh biar MCo terangkan tentang gambar ni... tempat ni..Duti Zone, masih dalah lingkungan jajahan Malaysia... kedudukannya ialah antara Imigresen Malaysia dan Thailand. Kami berhenti seketika sebab Abg Remy nak withdrawal duit....
rehat "setor" (sekejap) setelah sampai di V.L hotel. sebabnya...bilik kami tidak sempat siap lagi... cuma 2 bilik jer....dalam gambar ialah Farid dan his wife Lynn and Farihin.
keadaan jalan atau pandangan di hadapan hotel di mana MCo menginap. sebelah kanan ialah pasar, sebelah kiri ialah ke stesen keretapi. depan ke Big C, pusat servis Chervolet dan ke Hatyai Park. ke belakang nak ke hotel Lee Garden.
lagi sudut pandangan sisi hotel di mana MCo tidur.... kroooh kroooh...
MCo bergambar kenangan tepi hotel V.L Hatyai... ni kalau tak silap 2 hb. pagi nak pergi sarapan sebab lepas ni nak pi jalan2... macho gak MCo ni....ceessshhh perasan giler.... hehehehe
3 parking at V.L hotel...sebelah sana... pening pening nak masuk parking ni...sebab tiada jalan khusus... merentangi laluan sehala yang bukan milik kita....wah....
boleh dah nak bagi ke awek ni gambar terbaru MCo... hahahaha... actually i like this picture besar dan nampak elegance.... (minta puji atau puji diri sendiri nampak) blueerkk!!
kalau tengok gambar MCo di atas yang pakai baju merah tu, akan ada 1 flyover... dan gambar di atas ni adalah ruangan berniaga di bawah fly over tersebut.

dua gambar di atas tu...MCo nak pergi berserapan di Samudera Restoran, restoran halal... yang tolong snapkan gambar ni ialah Amir.
control macho sikit...wakaka....
makan roti canal telur double jer sini.... kuah kari kambing... nescafe o 2...dan Amir makan roti kosong... total baht 150 bersamaan rm15... dan orang yang tebar roti canai ni ialah perempuan.
sudut lain kedai di bawah jambatan.

2 gambar di atas tu ialah hari kedua (Sabtu 2hb Jun). berkumpul dahulu sebab kami bercadang nak pergi ke Municipal Park (Hatyai Park) terutama di Ice Dome (Ai Dome). Kami berpecah 2 kumpulan. pertama abang Remy dan Adam, dan MCo serta Farid family dan Shah se family. tiket dah book, ini tunggu van dari Ice Dome sampai jer... di dalam gambar (MCo tukang ambik gambar so MCo tiada di dalam... - Farid, Lynn, Farihin, Ha, Shah, Ayuni, Asyikin dan Ahmad)
gambar ini kesinambungan gambar yang atas tu.... seperti MCo katakan, ia memang tak ikut kronologi, tetapi walaubagaimana pun, ia hanya tidak ikut kronologi pada peringkat 5 keping gambar sahaja...tidak seperti posting MCo yang sebelum-sebelum ini. Kali ini walaupun tidak mengikut kronologi, tetapi masih lagi mengikut urutan sebilangan gambar tersebut...
ni di dalam van on the way nak pergi ke Hatyai Park. MCo di maklumkan bahawa Asyikin ni memang selalu melayan blues sendiri bila naik kenderaan. so hanya dia duduk diam2 dalam kereta dan memandang keluar...so nice tak perlu ganggu orang...hehehee
dah sampai pun ke Municipal Park ini... eermm kalau tiada jem maybe ambik masa 15minit jer...dengan kadar tambang 50 baht iaitu bersamaan rm5. untuk pengangkutan pergi dan balik.
Ayuni dan Asyikin bergambar kenangan di depan salah satu kenderaan pengangkut di Ice Dome ni. (click on picture to enlarge)
suasana di hadapan Ice Dome, ni dalam lingkungan 11 pagi. tapi 10 pagi waktu Thailand.
Ha, Farid and his wife Lynn dalam perjalanan ke Ice Dome.


3 gambar atas, nah MCo pun nak bergambar kenangan di depan Ice Dome, atleast boleh lah ada bukti yang MCo dah sampai sini..wakaka.... control macho beb... nampak tak ramai orang masa kami sampai di sini...tapi selepas kami keluar.... berduyun2 sampai... cuma MCo tak tahu, berapa tiket yang di ambik on da spot kat sini berbanding beli di hotel. Mungkin lebih murah lagi.
si gadis manis yang menjaga pintu masuk ke Ice Dome.... eerrmm MCo dah cerita ka pasal tiket pass masuk? harga nya ialah 300 baht untuk per person (RM30). dan children yang tingginya 100cm ke atas ialah 150 baht (RM15) manakala kanak2 tinggi 100cm ke bawah adalah percuma.
Optimus Prime... salah satu mercu tanda yang di olah di muka pintu Ice Dome, nampak mcm lawak jer....
nampaknya Farihin dan standby nak masuk dalam kawasan sejuk tu... steady je... rasa2 parent dia masih sibuk pilih baju tu....hahahaa....
Ha dan her son's Ahmad.. hehehe nampak dia janggal jer dengan baju tebal dan tak selesa. tapi masa di dalam Ice Dome ni.. Ahmad menangis tak henti2.. mungkin sejuk, kami yang dewasa ni pun dah tak tahan, apa lagi kanak2 ini. so Ha tak menghabiskan masa yang lama di dalam Ice Dome.
Lynn sedang mengemas detail lagi pakaian Farihin....kasi kemas sikit, sebab kat dalam tu masih tidak terjangka kesejukannya walaupun kita tahu bawah dari 10 darjah cercius.
macam kat dalam iglu jer...jadi orang eskimo...wakaka....
orait.... ringkas pasal gambar..sebelum masuk center Ice Dome, masing mempersiapkandiri.. Lynn, Shah, Farid and Farihin, Ha dengan Ahmad, Asyikin dan Ayuni... MCo? tukang ambik gambar lah...
Farid bergambar di dalam Ice Dome yang berlatar belakangkan salah satu ukiran dinding dalam Ice Dome ni.
macam duk di Beijing dah...huhu... bersama pemimpin tertinggi China...tapi tidaklah..ini adalah hanya salah satu ukiran di dalam Ice Dome. Semua diperbuat daripada ais, ice, atau bahasa terengganu air batu.
nak tak nak... MCo pun snap lah sekeping dua gambar ni.... nak tunjuk yang MCo pun dah sampai sini...hehehehe
...dan lagi...
beg yang MCo sandang tu sebenarnya beg Ha, sebab dia dukung Ahmad, dan Ahmad menangis, so dia kena keluar awal... so MCo lah tolong pegangkan beg dia tu....
yang ni salah satu "playground" kat dalam Ice Dome... seperti papan gelongsor jer...khas untuk kanak2 jer... gambar menunjukan Farihin sedang mengelongsor turun.....

MCo bergambar dengan salah seorang penjaga Ice Dome ni.. nampak senyum dari jauh lagi pada MCo sebab tu nak bergambar kekekee... orang Muslim Thai.

sweet couple.... Lynn dan Farid, juga tidak melepaskan peluang bergambar di dalam Ice Dome, masa ni Farihin dah menghilang ke mana...heheehe
MCo lagi... bergambar berlatar belakangkan dinding dalam Ice Dome.
Lynn pun tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar di replika Tiananmen Square, Beijing di dalam Ice Dome ni...
ini lah salah satu dinding yagn di ukir dalam pelbagai bentuk dalam Ice Dome.

2 gambar di atas, menunjukan MCo bergambar "seperti" jambatan untuk pergi bahagian lain di dalam Ice Dome tu.
dalam Ice Dome tu, ada bahagian yang dibentuk seperti dalam Bar... tengok lah gambar yang sempat MCo snapkan, atas seperti meja...dan gambar bawah ni seperti di kaunter bar. Actually MCo tak lah suka sangat bergambar (seperti gambar di bawah ni) sebab ada minuman alcohol.. tapi bila di ingat ia cuma untuk info. so MCo ambik lah satu untuk sekadar rujukan.
-nil-

hehehe Farihin seolah-olah menahan kesejukan jer... masih dalam Ice Dome, Farihin, Asyikin dan Ayuni... yang penting biar mereka lebih terhibur.
Hatyai Park Hatyai Park Hatyai Park Hatyai Park....entahlah MCo tak tahu nak tulis apa...

ambik toh...tak tahu nak cakap pun MCo sempat gak snap sekeping dua gambar kat sini.
kat dalam Municipal Park (Hatyai Park) bersebelahan dengan Ice Dome, ada satu kolam/ tasik yang di penuhi banyak ikan..... yang besar2 pun ada... kalau mengail pasti dapat 2,3 ekor dalam seminit....

Ice Dome transport... actually tak gerak..kekeke cuma ambik gambar kenangan..dont ask me about fare...tak tahu pun...
yang lain2 pun ambik kesempatan nak tumpang ambik gambar.... ehehehe ingatkan MCo jer mengada-ngada nak ambik gambar ni.

lagi bergambar kenangan MCo yang snapkan... semua sefamili... Shah, Ha dan Farid, Lynn.

jom kita bergambar dengan tuk-tuk plak.... kenapa dengan tuk-tuk ni? padahal kami datang ke Ice Dome ni dengan van... meh meh biar MCo cerita sikit.....
alkisah... pada masa kami di Ice Dome tu, kami dah ready nak balik, tut tut...kami terserempak group satu lagi (abang remy dan adam) dalam 1 tuk-tuk... lepas mereka kata, mereka booking tuk-tuk baht 1000 (rm100) untuk pergi 4 tempat...
1. Ice Dome
2. Samila Beach (sangat jauh dari sini samada dari Ice Dome atau pekan Hatyai)
3. Aquarium (MCo tak pernah sampai lagi)
4. Klong hae Floating Market.
orang yang mereka deal tu nama Yaman (muslim) ni no handphone nya : 0897377858. why?? sebab MCo rasakan pakej ni sangat murah...dan berbaloi...lagi pun Yaman ni boleh cakap bahasa Melayu. so MCo si Yaman ni cari lah satu lagi tuk-tuk... then kami pun follow lah mereka... dengan bayaran rm100.
MCo pun nak bergambar gak dalam tuk-tuk ni...

anak-anak pun tak mahu melepaskan peluang...maybe ini first pengalaman bagi mereka menaiki tuk-tuk di Thailand ni... tuk tuk ni berbeza dengan Laos, Myamar, Indonesia dan juga Philipine.
dalam gambar: Farihin, Asyikin dan Ayuni.
di depan, tuk tuk kami mengekori tuk-tuk yang di pandu oleh Yaman yang membawa adam dan abang remy se famili.
close up..
close up lagi... kelihatan Adam sedang cuba snap gambar kami, manakala MCo dah mula dahulu snap gambar diaorang kekekee... tu abang remy tunjuk tanda baguss, maknanya.... dia ready untuk MCo ambik gambar dia...heheheeh
one more...sweet couple dalam tuk-tuk, Lyyn and Farid... nak pi makan ni..lapar...hehhe
pandangan depan tuk-tuk Yaman yang membawa keluarga adam dan abang remy.
sebelum meneruskan destinasi kami daripada Ice Dome ke Samila Beach, kami berhenti makan kejap.... tapi group satu lagi dah makan awal2.. (kasihan gak, silap MCo sendiri, sepatutnya MCo biarkan mereka pergi dulu ke Samila Beach..sebabnya masa terlalu terhad, then untuk pengetahuan trip ni dah ter miss satu...iaitu tak pergi ke Aquarium...)
berkenaan dengan restoran "Chekkar" ni... baru lah MCo teringat, masa 1st datang Hatyai dengan geng Chevy terutama Muazir (Mr. P) dan Mendiang Rasher a.k.a Kevin Tan, dan MCo sendiri membawa en. Roshid. di sini la mereka makan.. dan MCo dah ingat dengan jelas jalan ni.. sebab MCo dah cuba untuk hafaz jalannya.... good job..
ini lah ruangan dalam restoran Chekkar... wah totally berubah daripada dahulu...dulu cuma kedai biasa je... tapi harga makanan...jangan cakap lah memang ekslusif dan harga pun ekslusif...sama dengan harga makanan restoran Hamid (tepi Lee Garden Hotel).
Jom makan....
ni gambar...on da way...daripada restoran Chekkar ke Samila Beach.... makan masa plus minus 40minit... jauh tu.....
salah satu signboard yang sempat MCo snapkan, masa on da way nak pergi ke Samila Beach
lagi gambar mereka... hehehe sempat lagi memotong masa sprint ke Samila Beach....ahahaha
Permadangan semasa pergi ke Samila Beach....
hehehe.... kami dapat memotong mereka lagi...yehaaaaa.. aappppaaaa... mr. Yaman ada kelendan baru... patut pun mereka dapat memotong tuk-tuk MCo....hehehehe...tak lah... yang tepi driver tu...ialah anak abang remy... tuk tuk tu pakai kasut sukan... 14 inci ke... 15 inci...hehehe dah tengelam tu... terlebih muatan...

lagi permandangan jalan dan suasana semasa pergi ke Samila Beach....then kami pun sampai lah kat Samila Beach ni...dan inilah trade mark utama Samila Beach... Duyung Tembaga.... lama dah "menatang" ni ada... ada orang kata... ia sebagai landmark, mercu tanda... kalau sampai kat Samila Beach, kalau tak bergambar dengan "menatang" ni..maka orang itu di katakan tak sampai di Samila Beach ni... justeru itu............................


Mr. Farid pun cepat2 lah bergambar dengan si duyung ni...sebab nak confirmkan diri sendiri yagn dia dah sampai kat Samila Beach, Songhkla Hatyai... kuan kuan...lepas tu.. Lynn dan Farihin pun jealous... mahu bergambar sama juga....maka masing2 pun ambik lah gambar kenangan sama si duyung ni.... tapi perasan lah... duyung tu tak pakai bra... kekekeke


masa mereka berebut-rebut tu... MCo hanya tersengih dan ketawa je tengok telatah mereka...tengok tu... MCo hanya mampu menampakan gigi jer...kekekeeke.... lawak lawak...
lepas tu MCo perasan... ada satu group lagi nak berebut nak bergambar dengan si duyung tu...tapi yang jadi mangsa ialah MCo juga yang tolong snapkan gambar mereka...hahaahaha.. jom jom... bergambar dengan trademark Samila Beach ni...

hehehe ini lah satu famili lagi yang nak sangat gambar mereka bersama si duyung ni... Ha dan famili.. Shah, Ayuni, Asyikin dan Ahmad..tak cukup satu.. MCo tambah lagi satu gambar ni...


tengok MCo still control macho..satu2 nya orang yang tak bergambar dengan si duyung tu...kekeke...so tak ada lah bukti yang MCo dah sampai kat Samila Beach ni....
ganti lah...gambar MCo dengan duyung tak ada..so bergambar dalam tuk-tuk je lah..
snap jauh sikit....

dalam tuk-tuk.. dalam perjalanan nak pergi ke Floating Market (Aquarium kami dan cancel nak pergi sebab tak cukup masa).. Ha bagitau.. Ahmad ni suka bila ada orang snap gambar dia... masa ni actually dia menangis..bila MCo snapkan gambar dia.. dia terus senyap....
Masih dalam pembinaan... berbulan-bulan lepas MCo datang, ia juga masih dalam pembinaan, Masjid di Hatyai... jalan di antara Samila Beach ke Floating Market... nampak rekabentuk seperti Taj Mahal.
salah satu permandangan semasa dalam perjalanan ke Floating Market dari Samila Beach.
Floating Market, ini gambar pembuka di Floating Market... daun pandan di olah menjadi bunga ros.
-nil-
ini laluan ke Floating Market. Pada masa ini, terlalu ramai orang, seingat MCo yang selalu datang sini, ini lah kali pertama MCo lihat bertapa ramai yang datang.. actually kiri dan kanan tu ada jual makanan dan di percayai penjual dan makanan tu adalah khas untuk orang-orang bukan Islam, sebabnya hampir 90% makanan yang di jual di pasar float (atas perahu) tu adalah untuk orang Islam dan Halal.
lagi gambar di laluan Floating Market.

yeah... nampak macam rangup... ambik lah try...hehehe... tak mahu cakap banyak, biarlah gambar menceritakan segalanya...
masih lagi gambar laluan ke Floating Market, kelihatan Farid, Lynn, Farihin, Ha, Shah, Ahmad, Asyikin dan Ayuni.
di Floating Market, sedang melayan karenah anak makan... di sebelah "gerai perahu" tu disediakan meja2 kayu seperti ini khas untuk orang ramai makan apabila beli makanan di "gerai perahu" tersebut.
Ini lah suasana, dan bentuk Floating Market atau MCo kata "gerai perahu".hampir 100% mereka menjual makanan dan 90% boleh di katakan halal. tengoklah gambar tu, penuh sesak, ramai, nak beli pun susah... rate harga kat sini adalah antara baht 20 - baht 35 (rm2-3.50)..murah kan?
MCo di tengah orang-orang yang sibuk membeli belah di "gerai perahu"..tapi di snap oleh kawan MCo secara candid dan bersahaja.
MCo akui sendiri, antara gambar2 MCo yang ada, MCo letak gambar ini ranking yang paling tinggi. gambar yang di snap oleh kawan (Farid) MCo secara candid. yang mana gambar yang tidak memfokuskan MCo seorang tetapi gambar lebih menunjukan keadaan dan suasana tetapi secara tidak sengaja ada sesuatu yang perlu MCo fokuskan iaitu MCo sendiri.
atas jambatan yang memisahkan laluan utama ke floating market....
cari siapa perasan....
tak sangka sampai di Hatyai ada jual "keropok lekor"...actually ini lah nak tunjukkan dan gambarkan lebih dekat bentuk "gerai perahu" ini... close up, besarkan gambar.. dan baca apa yang di tulis di belakang setiap perahu tu, yang penting ada tulis "halal" bertulisan jawi.
ini adalah gambar kedua MCo suka... bersahaja dan candid.... actually sedang tunggu turn untuk membeli makanan.
Ramai yang menunggu untuk membeli makanan, masing2 sedang menunggu giliran.
ermm Ahmad dah penat dan kelihatan lalu tertidur di bahu bapanya...hehehe
nampak macam sedap jer bubur nasi tu, lalu MCo beli... mujurlah tak ramai orang tunggu.
close up...dekatkan lagi.. itu lah kaedah beli, bayar, dan bagi makanan....
dekatkan lagi gambar ni... rasanya tak sabar nak makan tapi kena pi makan kat meja yang telah di sediakan yang MCo tunjukan pada gambar2 di atas.
Jom mari kita bercerita plak di sebelah "gerai perahu"...ada disediakan permainan untuk kanak2 terutamanya, tetapi orang dewasa pun boleh main. ERM menurut Farid apa yang di main ni tak lah susah mana, tetapi dart yang di gunakan tu sangat tumpul (tidak tajam) dan menyebabkan dart tu melambung kembali, dan belon itu tidak pecah... maybe ini trick je supaya orang ramai tak mudah menang hadiah....
antara "game" lain yang sempat Farid sertai... game menembak... dan menurut Farid lagi.... dia dah dapat tembak benda yang patut di tembak tu, tapi tak jatuh sebab maybe berat sangat benda tu..dan maybe peluru yang di guna tu getah yang ringan. MCo tak tahu, sebab tak pernah cuba menyertainya....


hehehe pandai plak Farihin tunjuk sign baguss...apa yang bagus tu? hehehe.. lagi suasana di tepi "gerai perahu" tu....
Last picture daripada MCo di Floating Market, ini adalah waktu dah nak pulang.... pukul 7 lebih dah...hari dah pun mula nak gelap... bergambar atas jambatan yang berlatar belakangkan sungai yang di penuhi "gerai perahu" di tebing2...
ini gambar hari seterusnya..iaitu hari terakhir kami di Hatyai (3hb).. ketika menunggu semua turun dari bilik, dan check out... masa tunggu tu, kanak2 ambik kesempatan bermain-main di lobby hotel.
MCo, Shah dan Ha...dah ready nak move.... heheheehe muka nampak suram jer sebab dah nak tinggalkan hotel terutamanya pekan Hatyai ni..
sekali lagi fokus jalan di hadapan V.L hotel Hatyai, hari Ahad tidak kelihatan sibuk

jalan di sebelah kiri V.L hotel.
ok ok..abang remy dah turun check out...so kita dah boleh move ke parking dan terus ke Big C untuk makan pagi dan lunch selalu di sana... di sana bersih dan murah....
Adam dan abang remy berbicara sesuatu sebelum berangkat pulang... apa yang diborak tu.... ?
Ok lah.. di sini nak cerita sikit pasal plan dan berubah, nanti MCo akan ceritakan segalanya... jom kita berangkat...
lagi gambar di hadapan V.L hotel..bangunan hadapan tu ialah pasar...

2 gambar di atas adalah persiapan terakhir sebelum berangkat pulang... sumbat semua barang dalam kereta... Adam, Abg Remy, MCo dan Shah.


rupa sebenar V.L hotel di mana MCo menginap....



gambar2 di atas sekadar gambar, saat2 terakhir di Hatyai.... tak banyak perlu di cerita kan...dan biarlah gambar itu sendiri yang membuka cerita2nya di minda masing2... anda ingat, anda ulas, anda flashback...anda yang tentukan...


hari terakhir di Big C, MCo sempat bergambar, untuk sarapan sebelum berangkat pulang.
suasana dan dan keadaan sesetengah tempat di Hatyai.... tengok tu...ada orang jadi penumpang di kenderaan pick up mcm tu... same situation dalam mana2 daerah selatan Thai.
Farid, MCo, Abang Remy dan Shah.... so di mana Adam? dia sedang berkemas di kereta so siapa yang snap gambar ni? ohoooooo... dalam banyak2 gambar ni, tiada satu pun gambar sahabat MCo yang seorang lagi iaitu Amir.... di mana dia? sebab dia tidak menyertai kami pada hari ke 2 tu...sebab itu dia tiada.... dan dia lah kebanyakan yang jadi camera man... walaubagaimana pun gambar dia ada di dalam blog ini..iaitu di tajuk "selangkah ke tanah seberang".
ini adalah Big C baru.... bukan yang selalu MCo pergi.. ini Big C Extra.

2 gambar di atas adalah keadaan jalan antara Hatyai ke Pekan Golok (Sg. Kolok).
sempat snap gambar nabira abang remy via my side mirror nabira....
salah satu bangunan di pekan Hatyai.... jangan fikir ini Flinders Street Train Station di Melbourne...hehehehe
signboard ke Sg. Kolok tak semestinya melalui Pekan Pattani, cuma melalui daerahnya sahaja. jarak dari pekan Hatyai ke Sg. Kolok adalah dalam 260km (lebih kurang)...so anda tentukan berapa jam untuk sampai ke destinasi.
ok lah... di sini lah dan biarlah MCo menceritakan "plan berubah" walaupun gambar ini tidak berapa sesuai untuk menceritakanya....
Plan asal.... MCo dah nyatakan bahawa MCo pada hari ke 3..iaitu 3hb tu.. MCo tidak akan follow diaorang keluar melalui danok/ bukit kayu hitam sebab MCo akan pulang atau keluar Thailand melalui Pekan Golok (sg. kolok). di sebabkan nak menjimatkan masa dan laluan di Grik, Perak yang berbukit bukau... dan satu lagi, MCo terpaksa ke Kuala Lumpur pada malam tersebut juga. so kena rushing sikit....
yang paling mengejutkan ialah Abang Remy dan Adam pun mahu mengikut kami keluar ikut Sg. Kolok, dan lebih mengejutkan dia sewa homestay dekat dengan rumah MCo di Losong... (Actually plan ni berubah 2, 3 hari sebelum hari jadi ni)... di sebabkan diaorang ni tak pernah merasa nak keluar Thailand melalui Golok, so peluang yang ada ni, mereka pun bersetuju untuk follow MCo.
..........dan dan dan.... yang paling mengejutkan ialah Shah dan Ha pun turut sama mahu ikut kami keluar Thai melalui Golok...keputusan muktamad mereka di capai dalam tuk-tuk semalam masa on da way ke Floating Market daripada Samila Beach. alasannya, Shah kata, kalau dia tak follow sekarang, bila lagi nak follow, nak follow sorang2 memang tak ada lah... tambahan kelengkapan untuk convoy cukup lengkap dengan walkie talkie dan tak lah rasa terasing... tambahan pula cuti Shah masih panjang...so kiranya cuti berkampung lah ni....
so 4 buah kereta yang ber Plat Malaysia pun merentas Songkhla... ke Sg. Kolok melalui daerah2 Pattani dan Narathiwat... gambar di atas adalah pantai sepanjang daerah Nong Chik.
lagi gambar pantai di daerah Nong Chik.
MCo kata... Peace... (no sign for freemason)...peace no war...sebab semua sudah maklum di selatan Thai ini selalu bergolak, berperang...hope kedamaian ni dapat di kekalkan sampai bila2... then akan menarik lebih ramai pelancong...
laluan atau highway atau jalan raya persekutuan negara Thailand antara Hatyai ke Sg. Kolok.
tempat rehat di pantai Nong chik...


2 gambar di atas... rehat sebentar lepas lelah di dalam kereta...ambil angin laut.. panas.... heheehe
Panorama yang menarik di pantai Nong Chik...

antara signboard yang sempat di snap oleh Amir ketika melalui jalan ni.... ke Sg. Kolok.
...dan antara panorama yang sempat juga di snap masa on the way...
kedai beras di pekan Sg. Kolok, MCo dah maklumkan kepada ahli2 convoy bahawa MCo akan singgah sekejap di pekan sg. kolok ini untuk beli beras...then mereka pun follow, dan mereka juga turut sama membeli beras.... beras cap angsa dan beras cap burung serindit... rm26 dan rm27.
oooop really tak ikut kronologi.... ini gambar di pantai NOng Chik tadi...ready to move...lewat sudah...rehat 30minit cukup la....


sempat lagi beli buah2an...dan terutama durian ni.... boleh lah...lama tak makan.....masa kat Hatyai makan pulut durian jer...hehehe
MCo tetap steady nak drive 200km lagi...daripada Sg. Kolok ke Kuala Terengganu.
setelah keluar border Thailand... terus maju ke hadapan... kelihatan nabira Abang Remy dan Adam.

Last picture for this post... gambar Masjid di Rantau Panjang, Kelantan...kami solat jamak takhir dan qasar di sini....sebelum meneruskan perjalanan... pada kali ini hanya 3 buah kereta convoy, manakala Shah tidak akan follow, sebab kami akan speed pada peringkat ini, di sebabkan MCo kena rushing... kena pi KL plak boh...janji dengan driver pukul 9 malam...dan sekarang ialah pukul 6 petang...

Akhir kata... maka selesai lah trip buat sekian kali nya di Hatyai bersama MCo, InsyaAllah akan datang MCo akan pergi lagi bila berkesempatan.
Terima kasih kapada semua...khob khun kap...masuuk kot pintu keluar kot tingkap...kekkeeke...
terima kasih lagi pada Amir yang jadi camera man... walaupun dalam posting ini tiada satu pun gambar nya...tapi dia lah menemani MCo kemana sahaja bila MCo keseorangan di Hatyai.
Terima kasih kepada Farid dan his wife Lynn.
Terima kasih kepada Shah dan Ha..
Terima kasih pada Abang Remy dan Famili
dan..akhir sekali Terima kasih kepada Adam Low dan Famili kerana berjaya berjaya berjaya dalam trip ini.....
MCo tidak expert dalam semua hal, maybe tidak sempurna dalam handle semua ni...tapi MCo berharap anda semua berhibur dan terhibur...atleast anda semua dah nampak jalan dan cara untuk datang ke sini lagi..terutama drive ke Thailand, bagaimana prosedur customs dan lain-lain..
akhir kata... anda pilih, anda lihat, anda rasa...anda yang akan tentukan....
ciaooooo...

5 comments:

rahimi said...

Saya sekeluarga pun terima kasih banyak buat farid serta teman-teman yang lain. Especialy farid sudi bawa kami jalan2 dari Danok, Sadao, Hatyai, Songkla, Nong Cik dan balik melewati daerah Narathiwat, Patani, Yala, Sungai Padi hingga sampai ke Sg.Kolok. Kalau ada rezki lagi, umur panjang nak jugak explore area yang kita lewati dari Nong Cik untuk ke Sg.Kolok.

dirafum MCo said...

ya...sama2 la kita... travel pun tahap amatur jer....
InsyaAllah...akan datang kalau ada peluang lagi...boleh lah travel lagi.. travel sambil berconvoy

Anonymous said...

huh??..g dok ajok cik rosekk...kompom kene tahan d imigresen kalu bawok cik rosekk...hahahha

dirafum MCo said...

hehehe che rosek tak mboh saing doh dengan aku..... dia wak senyap lening....

Unknown said...

SALAM KENAL SEMUA,SAYA PAK AGUS TONO DARI MALAYSIA
CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI (ASLI) BUKAN REKAYASAH!!!

TERIMA KASIH BANYAK MBAH SERO SUDAH 3 TAHUN SAYA MENDERITA DI MALAYSIA KERJAAN SAYA CUMA MENOMBAK KELAPA SAWIT PENDAPATAN TIDAK SEBERAPA SEDANKAN SEWAH KONTRAKAN RUMAH 700 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH SAYA DAPAT NOMOR MBAH DI INTERNET SAYA COBA-COBA HUBUNG KARNA DI MALAYSIA ADA PEMASANGAN TOGEL JADI SAYA MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERIKAN MBAH SERO LANSUNG TOTO 6D BENAR-BENAR 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH BANYAK MBAH SERO RENCANA MAU PULANG KE INDO BUKA USAHA INI SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB MBAH SERO BAGI ANDA YANG INGIN MERUBAH NASIB SEPERTI SAYA HUBUNGI MBAH SERO
DI NOMOR (_082_370_357_999_) TERIMA KASIH
INI KISAH NYATA DARI SAYA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...