Sunday, July 1, 2012

Topik Info: Piramid


Secara Amnya MCo ambik info ini daripada Blog http://www.blogammar.com/rahsia-senibina-piramid/

Rahsia Senibina Piramid



PIRAMID-PIRAMID MESIR PURBA menakjubkan sesiapa saja yang memandang. Ia adalah struktur-struktur yang masih wujud di kalangan Tujuh Keajaiban Dunia, mengharungi ribuan tahun dipenuhi cuaca padang pasir yang ganas dan kerja tangan manusia. Hakikat bahawa ia masih berdiri juga adalah satu misteri, memandangkan kawasan sekitarnya adalah zon gempa bumi dan banyak binaan telah tumbang sejak piramid-piramid Giza selesai didirikan dahulu.

Ramai orang mendakwa mereka telah bertemu dengan apa yang dipanggil “kuasa piramid”, dengan meletakkan objek-objek tertentu di bawah model skala Piramid Agung Giza (piramid Firaun Khufu, atau Cheops). Model piramid itu seharusnya dilaraskan supaya setiap sisinya menghadap empat mata angin utama – Utara, Timur, Selatan dan Barat. Objek itu pula harus diletakkan di bawah satu pelantar untuk meninggikannya kepada tahap satu pertiga dari ketinggian piramid itu. Selepas beberapa lama, keajaiban-keajaiban mula berlaku.

Pada tahun 1959, satu patent telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Patent Czech kepada Karl Drbal, seorang jurutera radio, untuk satu “alat bagi mengekalkan ketajaman pisau cukur dan alat pencukur”. “Alat” itu adalah satu model skala 1:1000 Piramid Agung, diorientasikan dengan betul. Beliau meletakkan di bawah piramid itu – pada kedudukan satu pertiga dari ketinggian piramid – pisau-pisau cukur, yang mana paksi terpanjangnya menganjur dari Utara ke Selatan. Beliau menemui bahawa pisau-pisau itu kekal tajam walaupun selepas 50 kali bercukur. Ini membuatkan beliau memohon untuk mendapatkan patent tersebut.

Para piramidologis – mereka yang mengkaji sifat-sifat piramid – mengatakan terdapat penumpuan tenaga dan medan magnetik di dalam piramid. Kajian terbaru menunjukkan bahawa sememangnya terdapat satu penumpuan kecil medan magnetik di dalam sebuah model skala piramid, diorientasikan dengan betul terhadap mata angin. Kita sedia maklum bahawa medan magnet memberikan kesan terhadap kehidupan di bumi – jerung berkepala tukul, sebagai contoh, bergantung kepada medan magnetik semula jadi di dasar lautan untuk memandu arah pergerakan mereka.

Mungkin penumpuan tenaga dan medan ini menghasilkan perubahan dalam sifat-sifat objek yang diletakkan di bawah piramid, tetapi kenapa ia berlaku di dalam piramid yang memiliki ukuran yang betul dan diorientasikan dengan tepat – soalan ini masih belum terjawab sepenuhnya. Banyak eksperimen turut gagal membuktikan kewujudkan “kuasa piramid”.Walau bagaimanapun, ramai orang secara tidak sedar mula mempercayai bahawa piramid boleh membawa kebaikan kepada mereka. Dapatkah anda perhatikan bahawa banyak bangunan pencakar langit baru-baru ini memiliki puncak berbentuk piramid? Trend baru dalam senibina, atau pendekatan mistik ke arah kesempurnaan?



Fail-X: Sebenarnya melalui pengkajian yang mendalam terhadap piramid, para pengkaji memang mengakui bahawa bentuk piramid mampu menghasilkan tenaga yang boleh membawa banyak kebaikkan. Makanan yang diletakkan di bawah piramid lebih tahan lama dan tumbuhan yang berada didalam piramid lebih subur. Ada sesetengah orang yang mereka piramid sendiri dan bermeditasi di dalam piramid tersebut. Dikatakan hasil dari meditasi di dalam piramid itu membawa banyak kebaikkan kepada orang tersebut.

Malah sebuah kajian juga pernah dilakukan di negara matahari terbit, Jepun berkenaan dengan struktur binaan model piramid yang dibuat dengan ketepatan yang jitu. Eksperimen itu dilakukan dengan menggunakan sepasang bangkai tikus putih dan dua buah epal segar. Eksperimen itu dilakukan pada 2 buah eksperimen yang berbeza tetapi bukan sekaligus. Ia dilakukan dengan meletakkan seekor bangkai tikus putih dan sebiji epal segar di tengah² binaan piramid yang dipercayai tempat terletaknya makam firaun di dalam piramid yang sebenar. Sementara seekor lagi bangkai tikus putih dan sebiji epal berkenaan diletakkan di luar bersebelahan binaan model piramid dan dibiarkan selama beberapa hari.

Hasilnya setelah dibiarkan beberapa hari adalah memeranjatkan kerana didapati bangkai tikus putih dan buah epal yang diletakkan di tengah² binaan piramid tersebut kelihatan lebih baik berbanding dengan bangkai tikus dan buah epal yang diletakkan di luar bersebelahan model piramid berkenaan yang dibina pada ukuran yang jitu dan tepat. Padahal bangkai tikus dan kesegaran buah epal itu telah ditetapkan kualitinya adalah sama sebelum ia diletakkan di dalam dan di luar model piramid.

Sebenarnya kelebihan sebuah piramid itu bukan terletak pada permukaan bentuk piramid, tetapi ketepatan sudutnya. Jika anda mereka sebuah piramid tetapi mempunyai sudut yang tidak tepat, hasilnya pasti menghampakan. Piramid sebenarnya adalah salah satu bentuk geometri dari banyak bentuk geometri lain yang diaktakan ajaib. Jenis bentuk geometri ini dipanggil sebagai ‘sacred geometry’. Semua ‘sacred geometry mempunyai suatu persamaan iaitu suatu ukuran sudut yang sama iaitu Phi 1.168 (Golden ratio). Jika anda berminat mengetahui tentang ‘sacred geometry’ ini, anda bolehlah cari di mana-mana enjin carian dengan menaip “sacred geomery”.

MCo: Gambar di Mana-Mana


Pertengahan Tahun 2012. sebagai Review ulangan kepada gambar-gambar MCo sebelum ini, dan ia dirakam secara rawak, sekurang-kurangnya ia mengingati kembali di mana MCo berada ketika itu, ia termasuk di luar negara, dalam negara, individu, berkumpulan dan lain. Dan seperti yang lepas-lepas, MCo tidak menyusun keseluruhan photo mengikut kronologi tahun, dan ia tetap di letak secara rawak.
anyway enjoy photo explore.....ciao (hati sedang sedih lagi...dan tersangat sedih)
 Tahun 2011, semasa majlis hari raya PMINT di Taman Tamadun Islam, kali ni MCo menjadi AJK bahagian makanan. Nampak segak bergaya dengan baju melayu, actually baju melayu tu, yang lama punya, dan paling MCo ingat, masa buat tempahan baju tu (bukan untuk hari raya tetapi sempena AJK kolej masa di UUM). tukang gunting kata.."baju ni nak buat mengadap tok imam ke?" (akad nikah).
MCo tak berapa ingat tahun berapa gambar ini, tapi dalam lingkungan 2010-2011. bersama ahli-ahli club Mychevyclub. trip to hatyai, biasanya ahli2 club suka datang sini sebab utama adalah spart part kereta yang murah. gambar di ambil di V.L hatyai hotel. dalam gambar ialah MCo aka dirafum, Cleaner dan Pai (semua nama adalah nickname dalam forum mychevyclub)

 ini adalah hari seterusnya, iaitu kesinambungan gambar di atas sebenarnya dan dalam lingkungan tahun yang sama, tetapi gambar ini di ambik di pekan Danok, iaitu sempadan Thailand dan Malaysia. Makanan di sini lebih murah daripada Hatyai. gambar MCo aka dirafum, Cleaner dan Oiskan (nickname dalam forum)
 gambar coretan ringkas, MCo hanya kelihatan dari belakang sahaja. yang pasti gambar ini di ambik pada tahun 2011 iaitu bulan ramadhan, majlis ni ialah majlis berbuka puasa club mychevy. Sebenarnya MCo ada urusan di Putrajaya, dan Kuala Lumpur pada masa ini, kerana untuk mengambil pekerja Indonesia, so kesempatan ini MCo pergi dengan driver jabatan.
pada Ogos 2009, di Tanjung Balai, Kepulauan Riau, Indonesia, pergi masa ini adalah rombongan dengan cikgu-cikgu sek Tun Telanai, ikut sama ialah kawan seangkatan, Syed Amir dan rakan sekerja di MAA Takaful. ketika ini MCo terpaksa baiki kasut yang tapaknya dah tertanggal tapaknya, mahal juga kalau tak silap dalam Rp30,000 (RM10)
September 2011 MCo ke Vietnam bersama rakan karib iaitu Afirahimi, walaubagaimana pun, dalam gambar di atas tu, bukan lah beliau tetapi Mohd Azahan, iaitu kenalan yang baru kami kenal semasa di Vietnam. Gambar menunjukan taman lebah di persisir sungai Mekong.
Awal Mac 2012, ke Sabah bersama geng2 GPT. malam terakhir MCo di KK, so geng2 ini bawa MCo ke Beringgis makan malam.dari kiri saudara Ozzay Waid, MCo, Hatta, Hafiz, D'syeh, dan Arie Kumbangjingga.(semua nama adalah nick dalam FB kecuali MCo)
Mei 2012 ke Melbourne, iaitu destinasi ke 3 di Australia yang MCo lawati. Berlatarkan belakangkan Tram iaitu pengangkutan awam di kota Melbourne.
Mei 2011 MCo di GoldCoast Australia, ini lah faedahnya bila menginap di Backparked... so yang datang dan pergi adalah orang yang berbeza around the world. Bersama MCo ialah Daves dari Brasil, dan Awie,( guru driving school), dan pergi bersama juga ialah Wafi Adha.

2012 di Floating Market, bersama Pengurus Operasi Koperasi Pemin, En. Khairul dan En. Azman 



Bersama Afirahimi berlatar belakangkan Muzium Vietnam, Sept 2011. 

berlatar belakangkan Queen Victoria Market, bersama MCo Afirahimi, Wafi Adha dan Nazar. Mei 2012



Bandar Aceh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...