Friday, January 17, 2014

Red Carpet and 3D Museum i-CITY, Selangor Malaysia




My Collection Picture

i-City is a 72 acres ICT-based urban development beside the Federal Highway in Section 7, Shah Alam, Selangor, Malaysia. Master planned by world-renowned and award-winning architect Jon A Jerde, i-City was designed as a fully integrated intelligent city, comprising corporate, leisure and residential components such as a 1.0 million sq. ft. regional shopping mall, office towers, Cybercentre office suites, hotels, apartments, data centres and innovation centre.
i-City is a MSC Malaysia Cybercentre where knowledge-based companies with MSC Malaysia status can enjoy the various incentives offered under the MSC Malaysia Bills of Guarantee. It has also been endorsed as a Tourism Destination by the Ministry of Tourism and declared as an International Park by the Selangor State Government where entertainment and other cosmopolitan lifestyle outlets are permitted to operate on a 24 X 7 basis.
With 13 million sq ft of approved built-up and a Gross Development Value of RM 3 billion, this gated and guarded development is today recognized as a catalyst in the transformation of Shah Alam into an International City. Although todate only 20% of the land area has been developed, i-City is already an established MSC Malaysia Cybercentre as well as leisure hub in Shah Alam attracting 90,000 visitors a week to experience its LED lightscape, Snowalk as well as the various themed attractions.

anyway, that is only simple information about i-city, now let MCo relate how my view about i-City. Good enough to tell it in english... so next paragraph... MCo will writing in Bahasa.... easy to overview....

MCo datang ke i-City ini hanya seketika, bersama sahabat iaitu Nasir a.k.a Ahmad Albab, dan waktu tengahari, biasa i-City ini sinonim dengan lampu-lampu neon, tapi itu bukanlah tujuan utama MCo...dan MCo tidak mahu berbicara panjang,..kewujudan post ini hanyalah untuk koleksi gambar-gambar MCo di i-City ini... tambahan pula... MCo datang ke sini hanyalah melawat dua tempat..iaitu ruangan red carpet (yang menempatkan patung-patung lilin public figure dan museum lukisan 3D). Menyentuh pasal patung lilin ni..di dalam ruangan pameran itu mengandungi patung-patung lilin Pemimpin dunia yang terkenal, Artis, Ahli Sukan, dan juga pemegang rekod dunia dalam banyak lapangan.... ok lah MCo tak mahu bercerita panjang lagi....
jom.....zoom out...

Main1
Wow, tak perlu pergi jauh nak jumpa selebriti ternama dunia hanya datang ke i-City Shah Alam anda dapat jumpa selebriti depan mata. Malah, anda boleh bersua dengan selebriti seperti David Beckham, Johnny Depp atau keluarga Diraja Britain ataupun Presiden Amerika di Malaysia di sana. Tak percaya? Baca info yang kami kongsikan.
RedCarpet@i-City, sebuah muzium lilin milik Malaysia di Shah Alam, di mana selebriti antarabangsa dan personaliti penting adalah antara 100 ‘penghuni’ di sana. RedCarpet@i-City, seperti muzium lilin Madame Tussauds yang terkenal di dunia, mempamerkan hasil kerja lilin bagi tokoh-tokoh sejarah, selebriti dari dunia hiburan, bintang sukan dan lebih menarik lagi menampilkan bahagian Buku Rekod Dunia.
Lebih 100 patung lilin selebriti terkenal dan bintang seperti Psy, Michael Jackson, Barack Obama, Datuk Lee Chong Wei, Captain Jack Sparrow, Queen Elizabeth, Luciano Pavarotti, Mr Bean, Brad Pitt, Angelina Jolie, Jackie Chan, Bruce Lee, Elvis Presley dan banyak lagi.
Muzium ini yang dibuka pada 15 Ogos lepas adalah ilham daripada Pengerusi Eksekutif i-Bhd, Tan Sri Lim Kim Hong dan tarikan terbaru di i-City selepas Bandar Lampu Digital, Snowalk, WaterWorld dan FunWorld.
Patung-patung lilin yang dipamerkan di RedCarpet@i-City itu dihasilkan oleh syarikat yang berpangkalan di China, Zhongshan City Elephant Sculpture Art Co-Ltd (ZCESA), pembuat ukiran yang menyerupai kehidupan sebenar untuk muzium dan taman tema. – Dari sumber asal Sinar Harian

 Tiket masuk...untuk sekali masuk Ialah RM35 untuk perseorangan, tidak kira samada hari minggu atau tidak.. (ini tiket untuk masuk ke ruangan pameran patung lilin)

Tiket masuk untuk ke museum lukisan 3D, kita akan diberikan sekeping Kad i-city, dan dapat bertahan selama 2 tahun jika tidak digunakan, jadi MCo dapat gunakan ini sekiranya datang lagi pada Januari 2016. Peace... hehehe
ermm..menyebut pasal i-city ini, kalau pandu kereta sendiri, tak terkecuali dengan kadar parking ni.. kalau city park ni  parking nya RM10.00..tetapi MCo tidak parking di sini, tetapi di bangunan sebelah, yang hanya m mengenakan RM3.00 untuk berapa lama sahaja. (di papan notis tertulis: Sila bayar segera parking untuk mengelakan kesesakan beratur panjang, dan boleh keluar bila-bila masa).

Roda Ferris...ohoho...bukan lah.. ini siang mungkin hanya berfungsi waktu malam... tetapi MCo sedikit pun tak berminat untuk menaiki ini....

ini lah..papan tanda RedCarpet, untuk ruangan patung lilin untuk orang-orang terkenal di seluruh dunia.
pandangan persekitaran....dengan landskap.... patung2 bangau..
Pandangan dari sudut lain..... Roda ferris tu...tempat MCo parking kereta...
peta lokasi...yang sempat MCo snapkan.. tak banyak... MCo pun bukan nak pusing keseluruhan tu....


Dua keping gambar atas tu...sempatlah MCo bergambar di depan pintu Red Carpet iaitu ruangan pameran patung lilin...

bersama patung lilin Mr.Bean..gambar pertama. jom kita tengok biodata dia sikit.
 nama sebenar beliau ialah Rowan Atkinson, mempunyai master degree di Oxford University, terkenal dengan filem lawak, iaitu Mr.Bean, di mana filem bermula daripada tahun Jun 1989 sehingga filem terakhir November 1995. dan gaya yang tersebut di atas, adalah gaya paling famous dan mimik muka beliau...dan semua itu adalah size sebenar dengan orangnya. beliau merupakan warganegara Brittish.

MCo tidak kenal dia ni...tapi ambik aja lah..sebab Ahmad Albab yang suruh... bayar mahal2 tapi tak mahu bergambar...buat happaaa...hahaha

Marilyn Monroe - atau nama sebenarnya Norma Jeane Mortenson di lahirkan pada 1 Jun 1926 dan meninggal pada 5 Ogos 1962. dan merupakan lagenda simbol sex dan menjadi terkenal selepas tahun 1946. merupakan warganegara Amerika
MCo sempat melawak..kononnya mereka itu sedang mengambil gambar MCo huhu....
MCo berdiri ditengah-tengah dua orang pemimpin dunia besar.. iaitu Vladimir Putin presiden Russia dan Barack H. Obama iaitu Presiden United State of America.
Vladimir Putin - Beliau dilahirkan pada 7 Okt 1952 dan MCo tidak mahu berbicara panjang tentang beliau kerana terlampau banyak maklumat mengenai beliau di Internet
Barack Obama - dilahirkan pada 4 Ogos 1961 dan merupakan presiden US yang ke 44, Obama juga merupakan presiden US pertama yang berkulit hitam.

Tengoklah size sebenar beliau dengan MCo.. memang tinggi... tetapi bentuk fizikal mungkin berbeza, tapi yang pasti..tinggi adalah sama...

Queen Elizabeth II dan boleh dikatakan sebagai ketua kepada negara-negara Commonwealth, dilahirkan pada 21 April 1926...waaa umurnya dah hampir mencecah 90 tahun, dan nama sebenar beliau ialah
Elizabeth Alexandra Mary.
Ingat gaya ini? ini adalah mungkin Pemimpin tertinggi Repbulic Of China... gaya ni? dalam episod satu Raja Rimba, iaitu Sang Harimau Kumbanb bila di panggil oleh pemimpin tertinggi China ini... hahaah tapi itu hanya ilusi Jonesky Limited.. MCo cuma tiru ja...Beliau mungkin Presiden Mao Zedong...tapi ada keraguan, jadi MCo tidak mahu meletakkan biodatanya kerana takut tersalah..kalau betul dia ialah Mao Zedong, maka dia adalah presiden pada tahun 1999, dan betul watak dalam komik Raja Rimba itu...
 mai kita tengok biodata dia...dilahirkan pada 26 Disember 1893 di Shaoshan village dan meninggal 9 September 1976. Beliau merupakan atau boleh dikatakan pengasas dalam Chinese Communist di China dan pernah menjadi Pengerusi Parti Komunis Repbulic China ini.


hah... siapa tak kenal dia ni....dia adalah orang penting dalam anti apartheid revolusi dan beliau ialah Nelson Mandela atau nama sebenarnya ialah Nelson Rolihlahla Mandela 
Beliau dilahirkan pada 18 Julai 1918 dan meninggal pada 5 Disember 2013. Pernah menjadi Presiden of South Afrika.


Yasser Arafat atau nama sebenarnya ialah Mohammed Yasser Abdel Rahman Abdel Raouf Arafat al-Qudwa di lahirkan pada 24 Ogos 1929 di Cairo, Egypt dan meninggal pada 11 November 2004. Beliau boleh dikatakan ketua bagi orang-orang Palestine tetapi yang paling tepatnya ialah, beliau ialah pengerusi PLO (Palestine Liberation Organization).
Orang ini lah MCo ingat, masa zaman kecil2 dulu selalu keluar dalam berita dunia... iaitu Mikhail Gorbachev, cara nak kenal dia mudah je...dia ada tanda atas kepala dia...dilahirkan pada 2 Mac 1931 di Stavropol, Russian, Soviet Union. Beliau terkenal kerana menjadi President Soviet Union dari 1990.
Dalai Lama yang ke 14 atau nama beliau ialah Tenzin Gyatso, di lahirkan pada 6 Julai 1935. Kebiasaannya gelaran Dalai Lama ini adalah sinonim dengan ketua sami bagi penganut Buddha terutama di Tibet...gambar.. MCo sengaja melawak bahawa Dalai Lama mahu tengok hp MCo..hehe
MCo bersama Bill W. Gates..siapa yang tak kenal dia ni... pernah jadi orang nombor 1 kaya di dunia, Jom kita tengok biodata ringkas dia ni...
Nama penuh beliau ialah William Henry Bill Gates III, dilahirkan pada 28 Oktober 1955 di Seattle America, dan beliau merupakan pengasas microsoft, dan dengan software ini lah menaikkan nama beliau. kalau sebut tentang kekayaannya...nilai kekayaan dia yang direkod pada tahun 2013 ialah sebanyak $77 billion USD. fuyooo..banyak tu beb...
 MCo rasa-rasa nak fight dengan dia ni..hehehe
Bruce Lee  atau nama cinanya ialah Lee Jun Fan dilahirkan pada 27 November 1940 di San Francisco.
dan meninggal dunia pada tahun 20 Julai 1973 dalam usia 32 tahun. Beliau terkenal dengan lakonan kung fu, dan terkenal dengan seni bela pertahanan diri Jet Kune-Do yang diciptanya sendiri. Patung di atas adalah salah satu aksi dan gaya beliau yang terkenal dengan pemakaian tersebut.
Hiahhhh.... jom lawan... MCo sedang beraksi dengan Jet Li.... hahaha atau nama sebenar beliau ialah Li Lianjie dan dilahirkan pada 26 April 1963 di Beijing, China, nama beliau ada disebut-sebut sebagai pengganti Jackie Chan pada suatu masa dahulu.. beliau juga terkenal dengan lakonan aksi kungfu purba, dan nama beliau meloncat naik melalui filem Once upon a time in China pada awal tahun 90an dengan watak Wong Fei Hung.
say hello to you... MCo and Chow Yun Fat...(tapi patung lilin dia ja lah hehehe)..
di lahirkan pada 18 Mei 1955 di Lamma Island (Hong Kong) dan merupakan pelakon Hong Kong yang pernah menjulang nama di Hollywood, beliau lebih terkenal bila berlakon dalam filem arahan John Woo. Beliau beberapa kali pernah menerima anugerah "Best Actor" dalam Hong Kong Film Award, dan Golden Horse Award di Tawan.

Artis Korea..huhu... nama nya ialah Yoon Eun Hye... hehe MCo bukan peminat drama korea sangat... pergi korea minat lah... Beliau di lahirkan pada 3 Oktober 1984 di South Korea dan merupakan pelakon, penyanyi, penghibur dan juga model. Dia ni terkenal apabila menyertai satu kumpulan muzikal iaitu Baby V.O.X dan bersama group tersebut selama 6 tahun bermula pada 1999, dan selepas itu dia terkenal sebagai artis setelah berlakon drama "Princess Hours pada tahun 2006.

aaahhh MCo pun nak bergambar lah juga dengan patung lilin beliau ni..... saja je....

 Song Hye-Kyo seorang lagi artis Korea, di lahirkan pada 22 November 1981 dan merupakan artis korea yang terkenal melalui drama tv seperti Autumn in My Heart pada tahun 2000.. tapi nampak kurus sikit dia ni.. aaaah..biarkan lah...tapi kalau sekali imbas..mungkin orang tak perasan pun dia ni ialah Song Hye Kyo.


 Tan Sri Michelle Yeoh Choo-Kheng di lahirkan pada 6 Ogos 1963 dan merupakan anak Malaysia yang menempa nama dalam bidang lakonan di luar negara terutama di Hong Kong. Anak kelahiran Ipoh ini pernah tercatat dalam salah seorang antara 50 orang tercantik di dunia dalam "People Magazine pada tahun 1997. Michelle Yeoh lebih maju setapak lagi apabila berlakon dalam filem hollywood iaitu James Bond kronologi pada tahun 1997 iaitu filem "Tomorrow Never Dies".


Iklan kejap... MCo sedang beraksi dengan kereta mini MR.BEAN...nasib baik dia takde kat situ...hehehe bayang-bayangnya sahaja yang ada pun.. hehehe

Entahlah..MCo tak kenal dia ni.. lagi pun malas dah nak survey kat website ni.. tapi yang nyata..dia ni salah seorang artis...
Salah seorang lagi artis korea iaitu Lee Dong Gun dilahirkan pada tahun 26 Julai 1980 di Kangnam-gu, Seoul. Beliau lebih terkenal dengan nama Emmanuel Lee, beliau merupakan seorang aktor, model dan penyanyi.... eermmm MCo tak kenal sangat lah dia ni..tapi kerajinan MCo surf dalam internet...

off...blank... and anything... MCo tak tahu siapa dia ni... maklumlah semua patung-patung ni tiada list nama..so pandai-pandai lah korang kenalpasti... seperti MCo nyatakan sebelum ini..semua patung-patung ini adalah mengikut ketinggian yang sebenar.
John Travolta....jom borak-borak dengan MCo...hehe... antara artis yang MCo minat juga..terutama masa dia berlakon dengan Nicholac Cages dalam filem Face Off.... jom kita tengok biodata ringkas dia...
Nama sebenar dia ialah John Joseph Travolta dan di lahirkan pada 18 Februari 1954 di Englewood, New Jersey. Beliau menempa nama sebagai pelakon, dan penyanyi..dan siapa sangka beliau adalah penari yang hebat juga...hehehe, Beliau mula dikenali sejak tahun 1970 an apabila muncul dalam rancangan tv "Welcome Back, Kotter".

Captain Jack Sparrow... hiax..boleh lah join lanun cari harta karun... hehehe tapi walau apa-apa pun, ini hanya nama dalam watak dalam film Pirates of  The Carabbean. Jom kita tengok sape orang sebenar yang lakon watak Jack Sparrow ni... Beliau ialah Jonh Christpher Jonny Depp II atau kita panggil dia Jonny Depp, Beliau di lahirkan pada 9 Jun 1963 di Owensboro, Kentuky. merupakan antara pelakon terkenal di Hollywood, film producer dan juga musician. Bab-bab anugerah tu jangan cakap lah..beliau ni memang banyak anugerah dan filem-filem dia pun banyak yang box office..

John (Brad Pitt) and Jane Smith (Angelina Jolie) dalam filem Mr. & Mrs. Smith pada tahun 2005 dan gaya di atas itu adalah gaya yang selalu ditonjolkan bila filem ini ditayangkan..
MCo nak bergambar dengan Jane Smith sekali..hehehe...
Lepas ni kita geng..hahaha..kalau tak silap MCo dia ni ialah Al Pacino... kalau dia ni betul mari lah MCo bagitahu sikit biodatanya..
Nama sebenar beliau ialah Alfredo James Pacino lahir pada 25 April 1940 di East Harlem, New York city, beliau ialah Italian American.  seorang pelakon filem, pelakon stage dan juga pengarah. Beliau terkenal dalam filem The Godfather trilogy.

jom.....nyanyi dulu sekali...biasa lah..ada artis yang MCo tahu, ada yang tidak tahu...
Ini kalau korang tak tahu juga siapa ni..tak tahu lah....MCo pun tak mahu cerita panjang pasal dia, sebab korang mesti arif dari MCo... Lionel Andres Messi lahir pada 24 Jun 1987 di Rosario, Santa Fe Province, dan merupakan pemain Argentine pada asasnya... nama beliau sinonim dengan FC Barcelona, Argentina National Team, Ballon d'Or dll.....

Mungkin pemain tenis ialah Maria Yuryevna Sharapova atau nama ringkas dia Maria Sharapova di lahirkan di Nyagan, Soviet Union pada 19 April 1987. Beliau merupakan pemain tenis profesional dan memegang ranking ke 3 yang dinobatkan oleh Women's Tennis Association (WTA) pada tahun Jan 2014. sebenarnya beliau pernah memegang tahkta pemain no. 1 dunia dan banyak kejohanan2 tenis yang dimenanginya...
tengoklah ketinggian dia...dengan MCo tu... fuuhh tapi patung ni pun cantik..orangnya mesti cantik juga...


Datuk jom kita main badminton sekali...itu air 100plus kasi free aaar baru ada semangat mau main oooo...
haaah ini lah dia pemain no 1 dunia dalam sukan badminton... Datuk Lee Chong Wei lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak, Malaysia. merupakan pemain badminton profesional dan beliau merupakan pemain badminton Malaysia ke 3 yang mencapai tahap tertinggi selepas Rashid Sidek dan Roslim Hashim.


 Ada sesuatu yang MCo nak cakap ni... lain kali kalau nak race... boleh kasi tiket free satu...hehehe dengan siapa yang MCo sedang bercakap ini... nak kata ye...atau bukan... tapi mcm takde iras pun... pakat iye aja lah...iaitu Valentino Rossi  dan dia dilahirkan pada 16 Februari 1979 di Urbino, dan merupakan pelumba motorsikal profesional Itali. Beliau bolehlah dikatakan pelumba yang paling berjaya setakat ini, dengan kejayaan merangku 9 kejuaraan dalah Grand Prix World Championships.
 hehehe...siapa yang tak kenal dia ni? banyak sungguh orang troll dalam FB guna muka dia ni.... tengok lah size sebenar beliau dengan MCo...fuyooo patutlah dia ni main NBA... hahaha.. oklah siapa kah dia ni....

Yao Ming  dilahirkan di Shanghai China pada 12 September 1980, dan merupakan bekas pemain profesional basket ball China. Beliau pernah bermain dalam pasukan Houston Rockets. Beliau merupakan pemain tertinggi dalam National Basketball Association (NBA) dengan ketinggian 2.29 meteer atau 7kaki 6 inci...fuyooo...

MCo mendahului John Cena dalam ambik gambar..hehehe...sekadar melawak ja ni....
Gambar jauh...berlatar belakangkan Yao ming dan satu lagi ialah pelumba no 1. F1. iaitu
Michael Schumacher. MCo tidak mahu bercerita panjang pasal dia ni..boleh cari banyak info berkenaanya..tapi biarlah MCo bagitau...dia ni di lahirkan pada 3 Januari 1969 dan telah pun bersara dalam dunio permotoran F1 ni..dalam pasukan German eeh? iye lah tu...Beliau memegang banyak rekod dalam F1 ni..kalau nak tahu beliau ni merupakan hanya satu-satunya pemandu dalam F1 menghabiskan dalam kedudukan top 3 dalam setiap perlumbaan...hebat kan??
 Hehehe...MCo sedang berlawan ke sedang bergantung pada John Cena ni? hehehe jom kita tengok orang dalam "Sukan Penghibur Gusti" plak... nama sebenar dia ialah
John Felix Anthony Cena dilahirkan di West Newbury Massachusetts pada 23 April 1977 (Sekarang ni umur dia 37 tahun) dan merupakan Pengusti profesional (American Professional Wrestler), malah beliau juga merupakan ahli bina badan dan rapper, dan terbaru mungkin sebagai pelakon. John Cena mula menceburi bidang gusti ni pada tahun 1999 dengan WWE.
 hehehe... ni bahagian rekod dunia pula...alahaii... nak juga MCo bergambar dengan dia ni... jom tengok...
nama dia Annie Hawkins Turner... atau juga dikenali sebagai Norma Stitz. beliau dikatakan mempunyai payudara terbesar secara semula jadi...hahahaah.... yang ada sekarang banyak yang tiruan katanya... apa yang dia ada ni... kalau ikut perkiraannya ialah 109.22cm (43inci) dan ukuran keseluruhan ialah 177.8cm (70 inci) oklah MCo tak mahu cerita panjang...pandai-pandai lah korang cari sendiri kalau berminat...



Mehmet Ozyurek lahir pada 1949 berasal dan tinggal di Turkey... merupakan pemengang rekod orang yang mempunyai hidung yang terpanjang... ukuran hidung beliau ialah 3.5 inci (8.8cm) dan ia diukur kali terakhir pada Mac 2010. lepas ni cuba korang ukur plak hidung korang.. berapa inci? kalau di asia ni..nak cari yang paling lebar rasa dapat lah kot...hehehee

MCo bersama orang tertinggi dan terendah di dunia...siapa mereka?
tertinggi Sultan Kosen dengan ketinggian mencecah 8 kaki 3 inci (2.51m) dilahirkan pada 10 Disember 1982 di Mardin.
...dan manusia terendah di dunia iaitu He Pingping dengan ketinggian 2 kaki 5 inci dan lahirkan pada 13 Julai 1988 dan meninggal pada 13 Mac 2010 dan merupakan rakyat China, dan beliau merupakan pemegang rekod dunia manusia paling kecil yang masih boleh berjalan.




MCo sedang mengayakan "Gangnam Style" merupakan salah satu gaya terkenal yang dinyanyikan oleh K-Pop korea. sebenarnya lagu ini telah diperkenalkan pada Julai 2012 dalam album PSY, dan ia "meletop" sehingga music dia di lihat hampir 1.885 billion kali dalam youtube....tapi siapa kah PSY tu?
nama sebenar beliau ialah Park Jae-Sang dilahirkan pada 31 Disember 1977 dan memang lebih dikenali sebagai PSY. merupakan penyanyi korea selatan, penulis lagu, rapper, penari, record producer dan yang utama dia ialah personaliti tv...


Elton John... MCo ambil alih kejap main piano...you are wonderful tonight... eeehh bukan... "Saturday Night's Alright For Fighting" hehehe...
jom tengok biodata dia sikit.... nama sebenar beliau ialah Sir Elton Hercules John di lahirkan pada 25 Mac 1947 dan merupakan English singer-songwriter, composer, pianist, record producer, and occasional actor.(tulis bahasa orang putih sekali hehehe). beliau telah menghasilkan lebih 30 album dan telah terjual lebih daripada 300 juta rekod.... wooow..banyak tu.. oklah MCo tak mahu cerita lebih-lebih... boleh cari dalam internet tu...



Elvis Aaron Presley sebenar beliau, dan dilahirkan pada 8 Januari 1935 dan meninggal pada 16 Ogos 1977, merupakan langenda orang putih lah ni dalam penyanyi, pemuzik, dan pelakon... beliau merupakan icon dunia dalam music rock n roll..ahaha dan gaya serta permakaian dia, adalah paling ramai diikuti diseluruh dunia sehingga kini.


John Rambo.... MCo sedang koya berperang dengan Rambo ni..hahaha... siapakah Rambo ni?
ikut karakter. John Rambo di lahirkan pada 6 Julai 1946 dan pertama kali muncul dalam novel pada tahun 1972 yang berjudul "First Blood" oleh David Morrel, dan selepas itu watak ini menjadi watak hero terkenal apabila ia di adaptasikan dalam filem..dan watak John Rambo ini di pegang oleh Sylvester Stallone. dan tidak hairanlah watak ini meninggalkan kesan mendalam kepada Stallone sehingga nama Stallone padam dan di lebih kenali sebagai Rambo.
...dan siapa pula Sylvester Stallone?
Nama sebenar beliau ialah Sylvester Gardenzio Stallone lahir pada 6 Julai 1946 di New York City. Beliau ni memang pelakon sasa..dan memang terkenal di seluruh dunia... stalooo ooo...beliau terkenal dengan memegang watak Rambo dan juga Rocky Balboa...beliau pernah memenangi 2 sekaligus dalam satu tayangan iaitu dalam filem Rocky.


mai lah... MCo bagi pakai spek ni... hehehe dia ni memang sinonim dengan spek mata hitam kan.... badan sasa..orang dawai tulang besi ni.... siapa dia?
Dia adalah mesin pembunuh yang di kenali sebagai T-800 Terminator atau nama penuhnya ialah Cybedyne System Model 101 Series 800 Terminator, ia telah di hantar oleh Skynet pada tahun 2029 ke tahun 1984 untuk misi menghapuskan Sarah Connor...iaitu bakal ibu kepada John Connor (ketua penentang robot katakan...hehehe)..oklah kita tengok plak siapa di belakang T-800 ni...

 yang melakonkan watak T-800 ini ialah Arnold Alois Schwarzenegger lahir pada 30 Julai 1947 di Thal Austria, dan akhirnya menjadi Pelakon Austrian American. merupakan ahli bina badan dahulunya..dan kemudian menjadi pelakon, ahli politik, (Pernah menjadi Gabenor California), ahli perniagaan, dan juga pelabur dalam beberapa buah syarikat. Beliau pernah menjadi Gabenor California daripada 2003 sehingga 2011.

Trick Art Museum 

Ruangan seterusnya tak perlu lah MCo ceritakan...sekadar gambar-gambar untuk koleksi peribadi MCo...
namun bergitu,...dalam ni mungkin ada gambar2 sesat dalam Red Carpet.... dan juga gambar yang berulang-ulang...so enjoy ja lah...


sebelum masuk bilik cermin.. MCo sempat bergambar dengan "Rayyan Ziyad" hehehe....

Sebelum keluar daripada Red Carpet, ini kira pintu belakang lah...
Pintu masuk Trick Art Museum... nak masuk kena beli i-city kad dengan harga RM12.00 dan swap... kad tu seperti MCo tunjukan kat atas nung....









Ahmad Albab aka Nasir adalah peneman MCo ke i-city ini...beliau dengan Sultan Mozen dan Pingping.
Tiket dan dan kad untuk masuk Art Museum... serta resitnya sekali tu....


MCo seolah-olah melukis gambar Monalisa ni..hehehe tapi angle tu ambil lain sikit, sepatutnya ambil lurus ja...





watchaaaaa ding donggggg.... ini semua ilusi..bohong belaka..hehehe
jom masuk dalam...ini pun ilusi...gambar ja.... tapi macam real...

macam tangga betul nak naik atas.... tapi ia gambar ilusi 3D juga....

aiiiisseehhh...nak jatuh tu.... hehehe...pandai dia buat ni..mcm betul-betul kalau tengok sekali imbas....

tolak..tolak....jom masuk dalam..... hehehe













hambat lembu dulu sekali...hehehe
ada sayap lah plak...hehehe jom terbang.... kelakar lah plak....

Kononnya lah...sedang panjang gunung..hahaha padahal atas lantai ja... MCo yang duduk meniarap ni.... jangan salah sangka plak...









kasi makan sama peguin dulu....dia lapar tu...
paus.... kuar dari cermin...he


MCo sedang berebut not RM100 dengan bapok sotong kurita ni... macam en.Crabb dalam citer spongebob plak..hahaha



Curah air dari gambar.. nampak kah??

Penyu keluar dari bingkai gambar....
Gambar yang tidak menjadi...sepatutnya ambik daripada atas...biarlah... letak je lah...






Meh MCo tolong simbah air ni....
maii secawan.....

hooooooi...apa main-main pancut air ni..nasib baik ada payung ni.....
hiasssssyyy.... tak kena....MCo sempat sambut ni....
OOopp tertumbuk plak...jangan maraah eeehh

MCo dapat duit banyak ni.... jom pi shopping lepas ni....


ahaaaa main tipu....




meh MCo tolong...



Ini tolong pegang... kasi upah ye Mister... letih ni....

MCo sedang lukis gambar 3D..hehehe



mummyyyyyy...aarrrkkkk tolong....



nampak mcm real kan...hehehe..ini lah i-city



lariiiiiiiiiiiii..king kong mengamok.....
aaahh....tak kena...
en.Nasir sedang peroh susu lembu...kena sepak gak nanti...



gambar di luar Red Carpet...
Depan rumah hantu...dan tempat beli kad i-city untuk masuk ke Trick Art Museum tu....

Tunjuk arah di i-city.. cuma MCo tak pergi ke Snowalk..sebab nak rasa sendiri di Korea kan..hehehe


MCo ke KL dengan D-Max sekali ni...sebab urusan kerja, ni time nak balik, jadi singgah kejap di i-city ni...







Arca-arca yang terdapat di i-city ini...tapi waktu malam lagi menarik..dengan lampu warna warninya....

Oklah..sekian dulu gambar-gambar koleksi MCo.... lepas ni boleh lah datang lagi..
siapa kata Malaysia tiada tempat menarik untuk di kunjungi..ini lah dia.... Selangor Malaysia...


3 comments:

Anonymous said...

tinggi awak brape?
patung meesi tu mcm tinggi dr org asal je..
sbb setaw sy tggi messi 169cm je
tp kawan sy yg tinggi 172cm pn jd pendek bile begamba sebelah die..
mohon pencerhaan plss.. kiikiki

dirafum MCo said...

hahaha.....sungguh detail ni....tinggi Messi ialah 1.7m actually...
tinggi saya pun 1.62m je...

dirafum MCo said...

Thank you atas info... iye..saya selalu ke sana susah juga mahu cari contact seperti ini...ini satu kemudahan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...