Monday, August 8, 2016

AIR COOLED JUNKET

 JUNKET 2016
Tarikh: 26, 27 dan 28 Ogos 2016 (Jumaat. Sabtu, Ahad)
Tempat: Pantai Balok, Kuantan Pahang.

Merupakan perhimpunan dan perkhemahan terbesar bagi pemilik-pemilik Volkswagen Klasik Malaysia. Yang menariknya Air-cooled Junket ini sememang acara setiap tahun, dan sekali lagi pada tahun 2016 ini di adakan di Pantai Balok Kuantan pada 26 hingga 28 Ogos 2016. Iaitu lebih kurang195km daripada Kuala Terengganu dan 25km daripada pusat bandar Kuantan...
Perhimpunan ini bukan sahaja disertai oleh pemilik dan peminat Volkswagen Klasik dalam negara tetapi turut disertai oleh pemilik-pemilik daripada Singapore, Indonesia dan Thailand, atau mungkin juga dari negara-negara lain.

Walaubagaimana pun, untuk menyertai Junket ini, perlu daftar terlebih dahulu, iaitu sebulan sebelum program, yuran adalah sebanyak RM100 lebih kurang, dan  perlu membawa khemah, jika tiada boleh menyewa dengan kadar kos RM50.00.. secara detailnya ialah Yuran RM40, dan kalau bawa penumpang atau panel tambahan ialah RM10 per head... sewa khemah dalam RM50... total RM100

sememangnya acara sebegini memang ditunggu-tunggu oleh pemilik dan peminat volkswagen klasik di seluruh Malaysia, ni kalau kira memang perhimpunan terbesar, dan biasa yang main peranan oleh Kelab Volkswagen Klasik Selangor atau lebih dikenali sebagai Volksel,...
diorang ni memang hardcore dalam bidang ni, dan ahli-ahli mereka memang memberi komitment yang tinggi dalam menjayakan program seperti ini.


 Poster yang meng war war kan program JUNKET 2016 ni...




T-shirt santai sempena Junket dalam harga RM45.

Gambar di bawah ini adalah JUNKET yang lepas-lepas, sebagai sandaran asas dan bandingan untuk JUNKET 2016 ini.
 

  Kombi
  Deretan beetle, volkswagen klasik, di Malaysia kita panggil kereta kure.
  Antara acara yang ada di sepanjang JUNKET ini..
 salah satu kereta idaman MCo, Safari... ffuuhhhh...kemahh ni... dan pintu gerbang seperti ini sememangnya jadi mercu tanda bagi JUNKET... semua ambik peluang untuk bergambar.


Note: semua Gambar di atas adalah di ambik daripada Facebook Rasmi Junket 2016

 MCo DAN JUNKET 2016

jom.. kita tengok gambar sepanjang Junket 2016... dan semua gambar ini adalah di susun tidak mengikut kronologi....
Walaubagai mana pun, semua gambar-gambar di bawah ini adalah untuk koleksi MCo sendiri sahaja... khas untuk tatapan akan datang dan simpanan... segala percanggahan info, itu adalah pandangan peribadi MCo yang dangkal sahaja...tiada kena mengena mengenai info rasmi mana-mana kelab Volkswagen Klasik di Malaysia atau antarabangsa amnya.... 

ciaoooo.....

Nik Soh, salah seorang yang terkenal dengan volkswagen di Kelantan dan di Malaysia.... dia ni banyak jual barang-barang volkswagen klasik, dan seorang lagi ialah Azhar Volkswagen... mereka ni memang bersaing dalam menjual barang-barang seperti ini....  tengok lah bertapa banyaknya barang-barang yang mereka ada.
MCo pun pernah pergi ke restoran beliau di tengah pusat bandar Kota Bharu..... orangnya memang peramah dan harga pun boleh runding....
Ni MCo punya... biasa lah.. pagi jumaat bertolak seawal 8 pagi... biasa kereta gini pagi-pagi sejuk syookk nak drive.. dan bila berhenti selepas drive lama, buka lah boot macam ni...supaya udara panas cepat keluar... ini normal....
MCo dan salah seorang geng volks ganu...
... kami 2 orang je awal pagi, manakala geng2 lain.. daripada Kelab Volkswagen Klasik Terengganu (KVKT) dengarnya akan bertolak jam 11 pagi. 
my betty steering... and konvoi...... blur kejap gambar... sokmo2 MCo drive Cik Nab... tapi dua2 awek German.... 
Berhenti makan di depan Mesra Mall, kebetulan bertembung dengan Zikri, dia yang suggest makan di sini... so dia follow dengan kereta dia.....
Kawan MCo ni memang terkenal dengan tools dia... terkenal dengan kelengkapan dia... memang jenis hardcore dalam travel seperti ini, kalau tengok memang cukup lengkap... daripada periuk belanga ke basikal...semua sekali sumbat di kereta..... kata dia, dia lebih yakin travel dengan kure daripada kereta satu lagi...... eerrmmmmm....
Sebelum meneruskan perjalanan...jom snap sekeping..... jam menunjukan pukul 9 pagi.. masih awal...sebab pintu gerbang Junket 2016 akan dibuka jam 3.00 petang....
Cerita lain: errmmm baju yang MCo pakai tu..... khas memang di beli di Thailand sewaktu dulu... dan baju tu ada kembar dia.... memang original Bangkok Thailand..., tapi sayang sekali, Kembar pada baju ini dah lama menghilang..... eerrrmmm siapakah dia tu?

Sepanjang di Tapak Junket 2016


Kaunter pendaftaran JUNKET 2016... dah beratur tu... setiap pendaftaran melalui website, memang siap2 ada nama, akan diberi stiker, bacth, key chain, cabutan no bertuah, dan bla bla bla..... yang nak register walk in pun boleh... tapi, tempat tu pandai-pandai lah....
Signboard utama Junket.... sepatutnya, bergambar dengan kereta di sini, tetapi MCo masuk ikut belakang.... jadi tak boleh bergambar sini... lalu di sini, kena lalu kot depan pentas utama, dan khemah-khemah orang.... maka MCo bergambar without kereta lah....
real sign... JUNKET 2016, apa yang menariknya.... tengok mural beettle tu.... siap ada thermador tu....hehee, lebih kurang sama lah dengan kereta MCo tu.... kan kan....
Antara "kure" yang ada di Junket ni... sekadar gambar....nak ulas banyak-banyak pun...semua benda sama ja... tapi yang pasti.... banyak kure dan di rebuild balik... lagi cantik....dan jual pun memang harga boleh jadi kaw kaw...
Masih lagi gambar di meja pendaftaran... masih banyak lagi yang tak datang mendaftar tu... siap ada pakej banyak lagi.... lagi pun, ada lagi kelab2 volkswagen dari jauh tak sampai lagi.... contoh daripada Kelantan, Terengganu, Thailand, Singapore tak sampai lagi... itulah yang MCo di bagitau... daripada Kedah awal2 dah sampai.. sama dengan VolksJohore... mereka memang mantap bahagian ambik bahagian macam ni.....
MCo dan geng ganu ni....
 dah daftar, now MCo diberi tempat ni... dan ready nak pasang khemah tu... apa2 pun MCo snap lah sekeping manakala kawan MCo dan wife dia siap sedia dengan khemah masing2.... actually mentua kawan MCo  pun plan nak datang sini daripada Kuala Ketil Kedah tu.... tetapi kereta breakdown di Bidor, Perak....apa2 pun kami pasang dulu khemah kami...kalau mereka kembali, atleast masih  ada space untuk nya....
eerrm... actually... tempat yang kami dirikan khemah ni...memang di berikan khas oleh urusetia kawasan kelab volkswagen terengganu,
latar belakang.. area perkhemahan bagi kelab volkswagen Kedah.
..... throw back... selepas daftar tadi.... setiap peserta akan diberikan pakej ini.... errmmm boleh tahan juga lah.... special dia buat... memang official.... siap dengan cabutan bertuah..key chain, stiker...dan lain-lain...
Safari.... first time tengok depan mata..the real safari...salah satu idaman MCo.... sebelum2 ini hanya tengok di gambar2 sahaja.... tak besar mana juga.... ohooo tapi memang rare lah safari ini.... yang paling hairan...tak pernah nampak di atas jalan...mahupun kombi.... tetapi bila program ini di adakan, baru lah kita tahu...bertapa banyaknya besi buruk bernilai emas ini wujud...
Pintu Gerbang paling rare di Junket...setiap peserta memang tidak miss bergambar di pintu gerbang ini.... ia seolah-olah gambar ketika ambik scrool ijazah atas stage.... hehehee
eerrmm...tak cukup satu... alang2 bergambar...biar dua sekurang-kurangnya...Kalau ikut perkiraan, tempat ni memang sesuai sangat pemilihan untuk program ini, lapang, terbuka, santai, jauh dari arus kesibukan... dan tidak bergitu terpinggir....
yeaaahh ini lah geng ganu kita... atau lebih dikenali di Teganu sebagai Zul Karat.... pemilik kombi ni... original German... dia namakan kombi dia Rust Box.... antara kombi terbesar, dan lain daripada yang lain....
Pandangan belakang Rust Box..... tengok gambar kombi ni...lepas tu bandingkan dengan kombi2 lain... boleh nampak dia punya saiz....
actually, kombi, safari, dan beettle sendiri, ada version dia.... dan berbeza mengikut tahun.....
..Satu lagi kombi daripada Teganu...dan yang paling mantop... dah menang anugerah antara kombi paling menarik.... errmm apa yang menariknya kombi ni? owner dia kah...atau apa?... . dan kombi ini adalah milik Mohd Azly.....
eerrmm nak kata pun takut salah.... tapi yang pasti keluarannya kurang daripada tahun 70-an.... lebih tua daripada MCo sendiri.... banyak geng2 kombi join Junket kali ini....sampai orang kata, tahun ini adalah tahun Kombi.... dulu banyak kure...sekarang kombi yang tak pernah tengok pun.... timbul di sini....
Bukan sekadar penggemar, bukan sekadar hobi, bukan sekadar kelab, tetapi minat kepada perniagaan boleh combine dengan hobi.... kombi ni memang di olah untuk business oleh owner ni... (kenderaan reg. syarikat)... tapi itu bukan persoalanya...yang pasti kombi panel ini boleh buat macam-macam, daripada kereta famili hingga kereta untuk business....
... MCo ni masih mentah.... banyak sangat yang perlu belajar....
Antara corak yang sengaja di olah oleh pemilik kure ini supaya nampak unik dan lain daripada yang lain.... kure ni memang lama lagi daripada kure MCo, lagi kecil lampu belakang tu.. lagi klasik kure tu... dan nilai dia makin tinggi.....
Permandangan sebahagian kawasan perkhemahan Junket ini.. kat depan tu area untuk kelab volkswagen kuantan... tuan rumah tu....
Selepas pasang khemah.... giliran MCo plak bergambar tu... yang penting dua kat belakang tu.... kombi dan yang warna hijau tu.... model Volks. T3... fuuhh tiba-tiba plak jadi minat... ada orang panggil T3 Camper, T3 Karavan, T3 Hakkinda, T3 Westfalia... apa2 ntah....
gambar dari sudut lain.. gambar atas nun... MCo masa duk dekat khemah tu... sekarang angle lain plak... biar nampak lebih suasana di kawasan Junket ini.
.... sahabat yang rapat dengan MCo dan Kure... tempat rujukan MCo jika kure MCo ada Masalah.....
Jumaat 26hb tu.... petang.... sempat lah bergambar dengan geng volk ganu
 ni... nasib baik lah sempat bergambar petang ni.... sebab, dia
 tidak sempat pun bermalam di Khemah Junket ini, kerana dia bermalam di homestay,.....sebabnya, awal2 pagi esok dia akan berangkat ke Bidor, di mana kereta mentuanya breakdown.... apa2 pun selamat lah...
Yang ni... awal-awal lagi diaorang sampai.... sebab tu boleh port comel.... tepi pantai, dengan susunan kombi... kan MCo dah nyatakan, ramai ahli2 kelab kata, Junket kali ini adalah tahun Kombi.. memang tak dinafikan, tahun-tahun sudah memang ramai penyertaannya tetapi, lebih banyak beetle daripada kombi.tapi tahun ni, bukan lah kombi lebih banyak daripada beetle tetapi boleh di katakan banyak lah.... dan ada yang tak pernah kelihatan di jalan raya, tetapi muncul di sini....errrrmmm berapa kali ulang daaaaaa....
Yang ni sama dengan kombi Azly tu.... cuma MCo tak berpeluang untuk tengok-tengok dalam tu.....
Area Volksjohore..... memang solid geng-geng mereka ni..... Memang Volkswagen Klasik ni, ada loyalty tersendiri... dan di warisi, tidak di nafikan orang-orang muda sekarang dah mula minta model-model macam ini.
Safari 1964....fuhhh memang power la diaorang rebuild ni..... memang cantik....tapi boleh muat 2 orang lah.... 1 driver... 1 kelendan.... sebab kat belakang tu untuk angkut barang je.....
Idaman punya pasal... MCo snaplah satu buat kenangan..... doa2kan supaya MCo boleh ada satu "menatang" ni......
Barisan volkswagen Kedah.... (abaikan yang sedang tidur tu, kepenatan tu...) yang MCo nak fokuskan juga ialah bangunan kat belakang tu... ialah Surau, kira kawasan ini complete juga lah... ada surau, ada kawasan khas perkhemahan, tandas, tempat mandi...dan tempat untuk riadah dan juga tempat untuk masak memasak....
MCo dah jatuh cinta dengan ni... memang rare...dan salute.... macam kenderaan angkut tentera dah masa zaman nazi....hehehe.... T3....tiba-tiba menjadi 2nd kereta idaman.. kalau buat style ini lah... boleh kalah lah Ford Ranger Wildtruck Jingga kalau macam ini...
Suasana di waktu malam.... ini lah MCo sempat ambik, masa ni hujan renyai-renyai... jadi nak keluar malam malam untuk bergambar tu sangat terhad... lagi pun MCo sangat penat pada malam ini...
Tak banyak gambar waktu malam.... dan di snap oleh kamera tidak bermutu tinggi... maka gini lah jadinya... nak snap gambar pun tak semangat.... dan alang-alang MCo berada di sini hanya 1 malam, snap lah...satu atau dua....
Di pentas utama.... pada waktu malam....
Sesetengah tempat memang disediakan sportlight.... eerrmm tak lah rasa gelap sangat kawasan tu......
Ada masa ni... yang geng bertemu geng... maka TT di sini saja... ada yang tak tidur sampai pagi kerana sembang.... tapi seriously.... MCo memang kurang kawan dalam kelab ini... kira kaku juga lah keadaan.... tapi jangan dalam geng Chevy..... mungkin MCo perlukan 5 atau 6 tahun lagi untuk lebih ramai kawan.... agak lama juga lah... sebab? ada event macam ini sahaja dapat bertemu.... dan atas jalan pun jarang jumpa...

Pandangan pentas... malam pertama, masih tiada program untuk malam ini, lagi pun malam pertama program ini hujan turun dengan rintik-rintik dan banyak lagi ahli2 kelab volkswagen klasik seluruh Malaysia belum sampai sepenuhnya, terutama yang jauh-jauh..
Panorama kombi waktu malam.. antara pemilik-pemilik kombi yang kreatif yang membuatkan kombi mereka lebih di kenali dan menarik perhatian ramai... itu lah kelebihan kereta klasik macam ni, boleh buat macam-macam, who cares? yang pasti memang jadi tarikan orang ramai....
Inilah Khemah MCo setelah "ditinggalkan" oleh geng vw teganu...hahaha... pagi Sabtu....tapi malam tu, MCo tidur di khemah kawan MCo ni...sebab semalam hujan, MCo lupa tutup pintu khemah menyebabkan air hujan masuk dalam khemah tu... tak boleh nak tidur....
Comel Safari ini.... tu lar... di mana dia di jalan raya.... plat D, macam Kelantan... bila kelantan memang sinonim dengan Thailand... mcm Nik Soh sendiri pun...ada safari..
Ada orang kata lah.... kepala sahaja Safari tetapi bodi kombi..... errrmm.... di Thailand... semua boleh buat...
Special Safari dari geng Teganu.... mini... tapi jangan tengok sebelah mata eeeh.... Safari ini walaupun nampak kecil.... tetap ada engine... boleh jalan..ada gear, ada steering... tapi malangnya...hari ni tak hidup plak.....hahahaha
Safari dan kombi... geng-geng India punya... .tapi memang hardcore juga geng-geng mereka ini.... memang diaorang bersungguh-sungguh dalam pembikinan ada rebuid balik kenderaan klasik ini...
Lagi suasana di kawasan perkhemahan.... jauh dari khemah MCo ni....
Oleh kerana sebut kereta klasik....
Kombi Azly dah bertukar daripada normal dah jadi macam rumah, ada dia cakap orang ajak bertukar dengan Safari, tapi dia tak mahu...walaupun dalam hati ada keinginan... pertama kerana memang kombi ni cantik kat dalam...dan memang cantik di luar juga... dan yang kedua.... untuk maintain Safari tu, kos lebih tinggi berbanding dengan kombi ni....
Tapak perkhemahan geng-geng ganu.... siap ada banner tu... macam orang lain juga..... nah, MCo di sini menumpang ja... padahal khemah kat lain....hehehe
Hari Sabtu ni.. .masih awal.... kalau tengok latar belakang tu...dengan Kombi " Rust Box" tu.... masih kosong.... nanti petang... ialah... gambar yang pertama MCo post tu... Nik Soh.... and the geng...sebab belakang tu memang tempat untuk jualan...
Kombi Panel.... memang khas diaorang buat niaga... ni kalau nak tengok, zaman 60 an dan 70 an dulu panorama seperti ini memang banyak lah... yang digunakan oleh syarikat-syarikat jualan....
Sebahagian dalaman kombi....
Safari.... yang mula-mula MCo bergambar tu... memang di tempatkan kawasan khas.....hehe
Dalaman Safari tersebut.... eerrmm ringkas tetapi unik.
kombi panel....
Panorama awal pagi 27 hb tu... sabtu... masih lenggang dengan orang... area KVKT....
.... lagi panorama kawasan perkhemahan Junket 2016
ni...kawasan belakang.. errrmm MCo nak fokuskan Khemah yang hujung nu.. dekat dengan kure hijau tu.. yang seumpama itu, adalah orang yang memang tak register dengan Junket, tapi boleh je join, tapi bukan dalam area perkhemahan... dan kalau tengok ada garisan-garisan putih tu, itu adalah kawasan untuk display kereta-kereta klasik dan boleh juga tempat untuk pertandingan kereta paling mantop......
Antara kombi lain.... menjadi igauan setiap peminat kombi....
Dalam banyak-banyak kombi yang ni nampak special sikit... dengan "karat" asal (maybe).... kalau tanya tuan dia...kenapa tak make up? MCo tak dapat jawab, tapi dalam kepala mungkin ada 3 lah kot... pertama, masih tak ada modal, kedua, memang suka macam ni dan fesyen, dan ketiga, nampak sentimental, kerana karat original, kalau karat ni dah berusia 40 tahun... kalau cat baru, maka memerlukan 40 tahun akan datang lagi untuk berkarat macam ini... hhhuuuiihhss.... ini lah nampak rare......
Safari dangan complete set awning ni.....
kure dengan lampu tegak....with lamp cap..
bonet depan idaman..... hahaha
Close up bonet kereta dengan gambar di bawah ni..
Actually kure ni ada macam2 model, dan ikut tahun..... tak perlu lah MCo nak huraikan satu-satu sebab maklumat memang banyak... tapi kalau nak juga... nanti MCo cerita sikit2....

Peserta daripada Singapore... jauh datang semata-mata program ini... ini lah kehebatan bagi kelab kereta klasik ni, semua ada komitment yang tinggi, tapi sebenarnya ini lah cara mereka beriadah, cara mereka berkawan, cara mereka nak drive.... malahan bagi MCo sendiri, lebih seronok drive kure untuk long distance daripada bermain-main di dalam bandar.....







Bila ada program Vintage macam ni... seronok lah golongan penjual-penjual barang-barang macam ni.. pertama spare part, kedua assesori... dan yang paling gembira ialah pembeli juga... sebab masa ini lah mereka boleh cari barang-barang spare yang jarang ada di pasaran, tetapi ada di sini.... dan kedua ialah... boleh tengok kereta orang, macamana diaorang buat, bagaimana diaorang make up, so boleh la tiru-tiru sikit... bagi yang mula nak berjinak-jinak dan tak tahu apa pasal kereta klasik ni.. masa ini lah nak cari idea... dan yang penting sini, ada persaingan sihat, harga boleh dirunding, sama-sama... we are brotherhood... hehehee



Karman Ghia? solid... believe it or not..... hampir 100k di perlukan rebuid.... memang excellent, memang hardcore.... 
Kalau secara ringkasnya 
Volkswagen Karmann Ghia adalah sebuah kereta di adaptasikan untuk sport car (couple sport car)...dan ia macam di bangunkan pada tahun 1955... ia dipercayai kereta paling banyak di import oleh Amerika pada suatu waktu dulu.... kerana rekabentuk yang sporty dan boleh di katakan pernah tersenarai sebagai kereta tercantik di dunia pada masa dulu.... 

Minat dengan kereta ni.. terutama dengan roof rack.... cantik, memang makan banyak masa dan duit dalam pembikinan kereta jadi macam ni... dan tema yang di bawa pun agak kreatif.... salute juga pada owner kereta ni.....
...antara yang menarik.... yang penting puas hati sendiri.... tapi MCo tengok kure ni memang lawa pun...
Another Karman Ghia.... nak dapat sebijik ni...boleh cecah harga RM50k juga.... setaraf dengan kereta zaman sekarang harganya..... tapi itu tak penting...yang penting jiwa vintage dan sentimental.
Safari Nik Soh... penuh barang spare part, di datang khas daripada Kelantan.... haisshh banyak sungguh Safari dia ni..... apa-apa pun rasa-rasa MCo dah nak jumpa lubang bagaimana nak dapatkan sebiji Safari ini... made in Thailand... maybe coming soon......

Antara sparepart dan assesory kereta volkswagen yang di jual oleh Nik Soh..... banyak stock...lagi pun mungkin barang-barang yang di perolehi daripada luar negara...... terutama Thailand...
barang-barang vintage dan klasik... yang ada semua angkut mari... untung-untung ada pembeli, ada peminat.... jom kembali ke zaman era 50-an, 60-an, 70-an....
Rear Rack.... tak ramai yang ada ni...tapi agak menarik juga lah... biasa lah... kalau dah sebut Volkswagen Klasik type 1 ni... ejas atau tambah assesory pun...ia tetap menjadi dan sesuai... orang lain tengok tak cantik, itu no 2...
Dalaman yang luas bagi kombi Zul... boleh buat macam2 kat dalam tu kalau pandai modifield... atas orang dan modal lah....
Kombi Azly.... complete set dengan kitchen dan furniture gak.... agak menarik.....
T3 and business... combine jiwa klasik dan jiwa business....tapi bagi MCo lah.... T3 tak lah nampak sangat identiti Volkswagen... sama macam Varient.... cuma emblem tu....yang menjiwai volkswagen.
nice Safari... ni dah kira aset yang bernilai kalau ada sebijik....
Peserta daripada Singapore..dengan kereta-kereta mereka... ermm pagi Sabtu baru mereka sampai....

another Safari... eermmm tak pernah pun jumpa atas jalan. mana2 model safari.. memang tak nampak...


Rombongan daripada Thailand..... ada 2 3 biji juga kereta ni......
From Thailand semata-mata kerana JUNKET... hebat "angin" Junket ni... tapi kadang-kadang kalau geng-geng kelab volkswagen Thailand buat program... kita orang Malaysia ada ramai juga yang join..
Antara kure yang menjelajah beratus-ratus kilometer kerana Junket ini....

Kombi daripada Thailand juga ada join..... konvoi bersama dengan kure....
Pada hari ke-2, masih ramai yang baru sampai.... dan pintu gerbang utama ini lah yang jadi trademark diaorang......
Permandangan di kawasan perkhemahan.....
Safari...panel.... kemahh....


hoohhoo ini special..memang special....beetle with roof tent..... kalau kat luar negara memang banyak ni.....
Keadaan dalam Tent ni.... tak lah besar mana...tapi cukup nak tidur... nampak macam tahan lasak... kalau nak banding dengan "mini home" memang tak boleh di banding lah.... tapi penggunaan tent macam ni memang dapat menjimatkan ruang.
Menarik... engine Karmann Ghia.. sama juga bentuk macam volkswagen type 1... tapi nampak yang ni lebih solid, kerana ada ruangan yang luas.... pengudaraan yang mantap, dan baik.... tak mustahil pemanduan dan kelancaran engine running lebih smooth.... kalau macam ini, anggaran engine baru sahaja pun dah hampir RM40K.....  memang salute pada owner kereta ni.... berani dan ada nilai eksotika tersendiri....
Combine...beetle with Karmann Ghia......


still rare...
Antara geng-ganu.... hari terakhir... bersiap-siap dan berkemas untuk pulang... walaupun esok masih ada satu hari lagi program... tapi kami hari Ahad adalah hari bekerja, maka orang macam MCo ini memang tak mahu ambik peluang untuk bercuti memandangkan tak ada kawan yang erat di sini....
Hari pertama.... sibuk pemasangan khemah ni.... lagi pun first time ni MCo join.... kena tunjuk semangat sikit...hehehehe
Meja kecil ni.. .memang kawan MCo bawa khas.. tujuannya untuk letak mini kitchen...dan barang-barang...atleast ada lah tempat nak letak barang.....
Khemah MCo...sewa dengan Jawatankuasa JUNKET ni.... so atas nasib lah kena khemah cantik atau tak...tapi yang special...selepas majlis ni, kita tak perlu susah-susah untuk lipat dan susun balik, cuma tinggalkan macam tu je... sebab AJK diaorang akan kemas-kemaskan.... good....good....

ni.. pun rare dan legend.. .hahaha.... sebab tahun depan... belum tentu MCo berpeluang nak join JUNKET lagi.. .kalau buat di tempat sama.. .InsyaAllah... kalau tempat lain yang jauh... MCo pun boleh kata InsyaAllah... hehehe, tapi tahap kemungkinan nak join tu mungkin tipis.....
Geng-geng ganu bersiap sedia.... sedang menyiapkan kawasana sendiri..... ni semua geng2 kombi....
Waktu dah dekat gelap, masih lagi setting.... eermm apa boleh buat, masing2 pun sibuk dengan setting khemah masing-masih....

1st day.... yang pasang khemah ni... awal2 Khamis dah sampai kalau ikut perkiraan..... ni daripada Kedah....
pandangan lain... yang di lekatkan "sawa-sawa" adalah pembahagian kawasan kelab2 volkswagen setiap negeri atau lain-lain nama kelab.... kononnya lah.... apa2 pun, kalau nak campur dengan grup lain pun tiada masalah.. kawalan tu tidak lah terlalu ketat, yang penting kita selesa...
Antara Volkswagen yang menjadi perhatian Nathan Gleen (Peminat/owner Volkswagen luar negara).... actually he want to ask me about Original visor and Sun Visor..... he want to supplier or want to buy... perbualan MCo agak pendek dengan dia melalui application messager....

errrm..rasa dalam ruangan ni biarlah MCo cerita sikit pasal Volkswagen klasik ni...
ia lebih dikenali sebagai Beetle, kalau bahasa kita kereta Kure lah... kalau ikut secara rasmi ia lebih dikenali sebagai Volkswagen "type 1", kalau dalam bahasa jerman Volkswagen Käfer, Poland panggil Garbus, di Amerika di kenali Bug... 
Kalau ikut sejarah, memang ia dicipta sejak tahun 1938 dan pengeluarannya sehingga tahun 2003... dan memang di reka pada dasarnya dikenali sebagai "Economy car" dengan 2 pintu, 5 penumpang iaitu 2 dewasa dan 3 kanak-kanak.... dengan engin di belakang nampak lebih unik.
Super Beetle... kalau tak silap ada 2 model 1302 dan 1303 dan sedikit berbeza dengan stardard beetle. kalau tengok dari segi rekabentuk kelihatan agak sama seperti standard beetle dari segi pillard depan dan belakang, namun kalau lihat dari halusinasinya  ia agak berbeza bahagian depan, rekabentuk yang berbeza dapat meningkatkan pengendalian kereta.
Area autoshow.....

Hak milik Cikgu Yusri.. special kombi ni... vintage double doors.... memang jarang kalau ada pun....
Sedang sibuk baiki engine mini safari ni? orang tanya betul ke ada engine atau itu eksem je? hehee.. actually memang mini safari ini boleh gerak....dan ada engine....
ini buktinya...dengan penggunaan engine honda cup 80c, yang di ubahsuai... dengan nilai ke kreatifan, memang ia boleh bergerak....so jangan pandang sebelah mata... cuma sayang, pada hari tersebut.... ada tersangkut, dan engine tak boleh "hidup"..... so kecewa juga lah...
Volkswagen Variant atau model Type 3, ia mula di keluarkan pada tahun 1961 dan merupakan keluaran di luar model.... Volkswagen memang terkenal dengan reka bentuk "bug" atau kure... tapi Type 3 ni berbeza rekabentuknya... walaubagaimana pun konsep volkswagen masih lagi di kekalkan seperti....sambil mengekalkan prinsip-prinsip kejuruteraan mereka, terutamanya enjin sejukan udara itu, sepanjang penggantungan bar kilasan, dan belakang enjin, roda belakang memandu susun atur. 
 Diperkenalkan pada 1961 Frankfurt Motor Show, Internationale Automobil-Ausstellung (IAA), Type 3 dipasarkan sebagai Volkswagen 1500 dan kemudian Volkswagen 1600, dalam tiga gaya badan: dua pintu Notchback, Fastback dan station wagon, yang kedua dipasarkan sebagai 'Variant' dalam kebanyakan pasaran, dan 'Squareback' di Amerika Syarikat.
Safari, T3
T3

Pagi jumaat.... konvo dengan sahabat vw daripada ganu...hanya 2 orang sahaja pagi tu kami konvoi, yang lain-lain nak konvoi dalam tengahari.. bukan apa, best kalau drive kure ni pagi-pagi.....
Dengan kelajuan boleh mencecah 140km/j kereta MCo, masih belum setanding kereta moden sekarang.... so adalah kawan MCo ni kebetulan nak pergi ke Kuantan, so dia snap hadiah untuk MCo.... ada lah memori memandu berkonvoi 2 biji dengan kawan MCo....blue beetle......
Another kombi....
WR dan MCo..... comel-comel juga kombi ni....
Kombi ni.... 'bertepek' dengan area perkhemahan geng-geng ganu..... kebetulan MCo ada situ, so snap lah sekeping.....dan berkeping-keping....

antara kure yang di olah agak menarik oleh owner-owner.. ada 3 "beradik" diaorang patern sama rekabentuk corak ni..... ini salah satunya....
.... lagi 2 adik-adiknya....hehehe... kalau drive 3 biji sekali... memang nampak mantop..tak tahu lah.. 3 orang owner pada kure ni.. adik beradik, sahabat handai... atau geng sepakat.....
tengok secara dekat..close up... tapi kalau ada tengok depan mata secara real lagi puas hati....
....lagi....
Thomas Dibb sebelum memulakan persembahan..... tengah buat persiapan... dengan T3, MCo boleh katakan memang dia ni hardcore traveller.... solo plak tu... apa-apa pun, salute to him....
nun... gambar depan yang di penuhi kombi-kombi tu...adalah kawasan asal khemah MCo, oleh kerana MCo hari ke 2 dah nak blah, so mereka pun chup lah tempat tu... lagi pun hanya MCo dengan kure, dan area tu kebanyakan kombi... so segan juga lah.....
lain-lain angle gambaran kawasan perkhemahan......
close up......
Solid T3

T3.... memang comel giler la kereta ni..... memang rasa berminat je.... tapi kalau beli nak yang macam ini lah... kalau nak suruh rebuid sendiri... memang tak mampu lah....

New Beetle pun tak mahu ketinggalan nak join... walaupun new beetle...tapi rekabentuk masih hawa-hawa sama dengan type 1.... sepitas lalu sure orang kata klasik juga.... hehe, sorry to the owner sebab MCo tak sempat nak blurkan semua plat-plat kenderaan......
Gambaran daripada atas surau.. kononnya nak lah nampak keseluruhan kawasan perkhemahan...tetapi tak jelas mana....
Siapa tak kenal dia bagi peminat Volkswagen klasik? yang baru menceburi dalam dunia Volkswagen dan baru minat mungkin tak kenal... MCo pun kurang kenal...hehee jom kita selidiki siapa kah dia ni?
Thomas Dibb, warga Britain yang mengembara menggunakan T3....  nak kata penyanyi jalanan, memang bukan, tapi dia macam hardcore traveler, pergi ke sebuah negara ke sebuah negara..... kalau ikut penelitian, beliau ni merupakan penyanyi, penulis lagu, dan menjaja lagu-lagunya di seluruh dunia... dengan T3 Camper... dan music instrument.. itulah modal terkuat bagi TomDibb ini.... tapi suara dia juga memang mantop, yang MCo nampak dia ni memang seorang yang berani..... only one word... he really awesome.
kalau nak tau detail tentang dia....boleh lawati website dia... di Tomdibb
Langit yang cerah, tak panas... mendung... lepas tu kawasan ditutupi pokok2... memang asyik kalau dengar lagu ni..... waktu tengahari dia buat show...
Thermador Car Cooler.... ini orang Thailand yang jual... MCo tanya harga dia RM2000 untuk second hand... macam MCo kata tadi... harga asal ialah dalam 600 pound (new).... 
macam MCo katakan sebelum ini... bila dah ada sebijik, maka olah lah macamana pun, ia memang tak nampak sebarang kecacatan... so reka lah....
Kebetulan berada di Kuantan... ambik peluang lah jumpa kawan MCo di sini... memang sengaja tak bagi nampak muka... Adila.... semata-mata datang sini sebab nak tengok "show" ni...... dia mari dengan kawan dia.....
Shima...kawan kepada Adila.... alang-alang dah datang bergambar lah dengan kure.. nak bergambar dengan kure MCo, dah parking jauh-jauh di luar sana nu....

MCo nak tumpang rasa, ambik berkat naik safari orang dengan complete set furniture... bila lah ada macam ni... salah satu idaman yang mungkin susah nak capai.... hehehee


Salah satu kure yang pasang Thermador, yang ni nampak solid daripada yang orang Thailand jual tu... dan jangan banding lah dengan Thermador klon MCo, memang failure terus lah.... actually MCo memang cari-cari juga kereta yang pasang ni, tapi tak jumpa...tapi last sekali apabila diaorang dah nak balik, baru perasan, jadi tidak mempunyai masa yang panjang nak sembang-sembang pasal benda ini.....


salute bro.....
antara yang menarik Safari dia ni... errmmm kalau ada sebijik, tak malu bawa pi jalan-jalan kat bandar.. atau KL.
MCo, Azly (owner kombi jingga kvkt tu), mini Safari, dan real Safari.... 
Azly memang tak balik lagi pada hari ni (Sabtu) sebab dia masuk autoshow bagi kombi dia...sedangkan MCo dah nak balik...so kebetulan tu.. bergambar sekeping dengan dia....
Sebahagian, daripada peserta daripada geng-geng ganu.... 



Lain-lain gambar

Thermador aircooler.

Ada orang tanya, banyak kali tanya, banyak kali tengok, dan banyak kali ketawa.... apakah benda ini di tepi pintu kereta MCo... meh biar MCo cerita sikit.. benda ini orang panggil Thermador, boleh di katakan macam blower angin dari luar di salurkan ke dalam secara manual... iye lah... macam aircond zaman dulu-dulu.... dan memang terkenal di luar negara terutama di California.... banyak kereta antik macam tu pakai, oleh kerana di Malaysia jarang di jumpai kereta pakai benda ini, sebab tu orang rasa pelik... di bawah ni sedikit sebanyak gambar-gambar di negara luar yang pakai thermador tu.... 

harga" sebagaimana di atas tu... di Malaysia, kalau 2ndhand... RM2,000, dan kalau baru boleh cecah harga RM5,000 atau 600 plus plus pound sterling.... beli lah beb.... 
tapi MCo tak mampu beli yang tu... MCo mampu buat yang klon sahaja dengan harga .... ratus-ratus je.... RM200 ke atas.....

Note: semua gambar-gambar thermador di bawah ini adalah di ambik daripada google.








Keratan akhbar dulu-dulu...semasa pengeluaran thermador ni, ni kira iklan lah ni.... 

Gambaran dan model2 kombi.....  dan gambar seumpama ini memang banyak kalau google, tapi ini sekadar info ringkas.

credit to: Fara deya.....dengan soalan... where are you? hehehehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...