Sunday, April 23, 2017

TAKBAI, THAILAND

Sehari di Pekan Kecil Sempadan Takbai, Thailand


Tak Bai, adalah sempadan Thailand dan Malaysia, dan Pekan Tak Bai adalah berada di Wilayah Narathiwat, bagi Malaysia jika mahu datang ke sini, hendaklah melalui Pengkalan Kubur, Kelantan.
Pusat Pentadbiran Tak Bai (Thesaban Mueang) merangkumi 9.14 km persegi.. populasi pun di sini dalam lingkungan 20 ribu orang, dan majoritinya Islam.. Tak Bai ini memang terkenal dengan "Tak Bai Incident" yang berlaku bapda Oktober 2004 dulu... yang mana hampir 100 orang meninggal dalam incident tu...  

Apa-apa pun MCo hanya ingin menceritakan pekan kecil di sempadan Tak Bai, bukan di pusat pekan Tak Bai, kalau tengok pasar sempadan Tak Bai ini tak ubah macam di Rantau Panjang, cuma harga barang-barang di sini agak murah berbanding tempat lain.

Sepetang MCo di pekan sempadan Tak Bai ini... banyak menceritakan persepsi orang luar di sini.. MCo pun tak perlu mengambil masa yang lama.
Tapi kali ini MCo pergi bukan berseorangan tetapi Mat Lim se famili pun ikut, tapi MCo tetap drive sorang.... entah MCo ikut diaorang je, walaupun plan asal untuk ke Pekan Golok.

Jom kita tengok gambar sikit.   
Panduan nak pergi ke Tumpat, Pangkalan Kubor, kalau daripada Wakaf Che Yeh... ikut sahaja signboard seperti ini.
Jambatan 2 hala dan 3 haluan berlainan... salah satu jalan yang unik area ini... tapi jangan tersasul pula.
dah sampai di bulatan Tumpat, dekat dengan Masjid, selepas bulatan ini menuju ke Pengkalan Kubor, (sebelah kanan) sikit akan ada bengkel Volkswagen...heheehe... selit gak sikit...
Untuk lebih clear... Welcome to Tumpat.
Jangan lupa ikut je arah signboard....Tumpat, Pengkalan Kubor, Tak Bai... lalu ikut jalan normal bagi yang baru mula-mula nak pergi, kalau ikut Waze atau Garmin, mungkin akan tunjuk jalan pintas, tapi hati-hati lah, jangan lalu belakang dapur orang sudah lah...heheehe
yahhh kita dah sampai di pintu masuk kompleks Imigresen Pengkalan Kubor.
Laluan kereta dan lori, lepas ni kena beratur untuk naik ferry.
ini lah laluan kereta ke Jetty tunggu fery... tapi kenapa sunyi je eehh?
sebab agak malang sikit, dah 2 hari ferry rosak, ferry Malaysia rosak, ferry Thailand pun rosak... jadi tiada kereta boleh keluar masuk... Manakala bangunan tepi kiri tu ialah tempat cop passport.
Jom tengok dekat sikit... ini lah check point imigresen post...
Oleh kerana ferry besar tu tiada, kami dinasihatkan oleh pihak Imigresen, boleh je pergi ke Tak Bai dengan menaiki ferry kecil yang bawa orang sahaja... tetapi laluan ikut lain lah... tepi zone free duti... lalu ikut celah tu, parking pun kat dalam tu.
hah.. ini lah... Kompleks ICQS Pengkalan Kubor... untuk orang cop passport bagi pejalan kaki.
Mat Lim pun tak ketinggalan untuk bergambar sama.... buat kenang kenangan katanya.

Bangunan depan itu lah.. tempat pemeriksaan imigresen dan kastam.
Daripada pemerhatian MCo, jika di sini, agak sukar sedikit untuk melepasi imigresen ini tanpa cop passport, agak ketat, tidak sebagaimana di Golok, Walaubagaimana pun, apa yang di maksudkan oleh MCo ini  ialah hanya laluan tanpa passport di kompleks imigresen ini..tapi kalau tak ada passport, boleh je, tapi melalui jalan belakang lah, tak perlu melalui kompleks ini. Manakala di Golok, boleh tak cop melalui kompleks imigresen tu...
ke jetti nak menunggu ferry..
Sebelah kanan..jetty  utama untuk ferry besar... tapi sunyi lah sebab ferry besar tak ada....
sempat berselfie.... Mat Lim and his family....

Kalau orang ramai, ruangan menunggu begini disediakan, akan kemas daripada seberang sana... sini sistematik sikit.. tapi hari ini orang kurang nak masuk ke Tak Bai ke? jawapannya ialah, hanya lepas Jumaat orang kurang masuk Tak Bai, dan kebanyak kedai sana tutup selepas Jumaat.. maka mungkin pagi lagi dah ramai yang masuk.
Kadar tambang untuk ferry.... RM1.20 atau di Thailand cuma 10Baht sahaja..
Ni lah bentuk ferry yang bawa penumpang sahaja... kalau kat teganu di panggil boat penambang.

Apa-apa pun bergambar dahulu sekali....

Mat Lim dah his famili dah ready dalam ferry.. ini lah gambaran dalam ferry ini....sama yang ada di Teganu sewaktu waktu dulu....di bukit losong ferry dan depan Pasar Kedai Payang.
Nung nak pergi sana...nampak jauh juga tu... tapi hanya 3 minit je sampai.
Selfie dulu sekali....
Pemandu... slow and steady... lambat tapi sampai juga tu.
Ferry daripada Tak Bai untuk ke Pengkalan Kubor, nampak agak ramai tu.. ramai orang Malaysia masuk pagi tadi, dan dah petang mereka kembali ke Malaysia...
...dah sampai jetty Tak Bai....
Permintaan Mat Lim nak bergambar sebelum naik ke Jetty...tak apa sebab tak ada orang nak naik ferry tu..boleh lah stay lama sikit bergambar.
Selepas Jetty.. ini lah jalan/lorong pasar kecil di sempadan Tak Bai... iaitu motif utama kami ke sini... tak pergi ke lain.. Sementara motif utama ialah nak ke Golok, boleh singgah pusat servis Chervolet di Golok, dah kereta tak boleh masuk, maka terpaksa menghala di sini sahaja lah.
Nampak bangunan putih depan hujung tu? itulah kompleks Imigresen Tak Bai,... jadi baik kami jalan-jalan dalam pasar dulu... nak balik nanti baru pergi cop passport.
Antara gerai jualan yang dah tutup...
Dalam pasar... selepas jumaat banyak yang dah tutup kedai.. macam di Pasar Kedai Payang Terengganu juga... pukul 5, satu-satu kedai akan tutup, malam memang tutup terus lah... MCo sampai di sini pun dah pukul 3 waktu Malaysia...
Mat Lim bergambar di tengah-tengah pusat jualan baju-baju ni, boleh pilih... murah-murah.


MCo pun nak bergambar...tapi dah kontrol perut tu... jangan nampak kedepan sangat...hehe

antara baju-baju yang di jual...sama juga di tempat lain... di pasar malam khususnya.
MCo saja nak fokuskan.. walaupun berniaga macam ini, motosikal bebas keluar masuk dan melalui kawasan ini, kita sebagai pengguna kena hati-hati dengan bunyi motor, tiada bunyi honk di sini... kadang-kadang motor tu yang elak kita...
Selain baju... makanan begini pun banyak jual di sini...
Makanan yang tak jual di Malaysia... hanya di Tak Bai... boleh lah rasa kalau nak, sebab ini orang Islam jual, jadi tiada masalah lah..
Kompleks Imigresen, pandangan tepi....
Jalan bertentangan dengan kompleks imigresen Tak Bai....
ni MCo pun nak fokus kepada bangunan depan, dan post cop passport juga asalnya, tapi actually ia adalah tempat ambik dan serah form kastam bagi sape-sape yang drive kereta... hari ini lengang lah sebab tiada kereta masuk daripada Malaysia...
Biasa lah bila nak cop passport kena isi lah form departure/arrive... kena caj RM2.00, borang ini sebenarnya kalau dalam kompleks tu free je... tapi diaorang dah buat bisness... dah lama dah... sama macam di Golok.
Macam biasa ini lah bentuk departure/arrive form tu... tulisan orang siam, tandatangan pun dia... kita cuma hulur je RM2.00
Kalau banyak passport begini lah kena tunggu....
Hanya di Tak Bai... tepi kompleks Imigresen ini, terdapat meja-meja kecil macam ini.. inilah money changer.... harga biasa sama ja, mungkin mereka dah deal sama-sama mereka... kalau nak murah boleh deal cara belakang... atau pun cari je kat dalam pasar tu... biasa orang tukar ni, orang-orang nak pi Hatyai... sebab dalam pasar tu, Ringgit masih boleh digunakan.
dah dapat form departure/arrive tu..jom kita masuk dalam untuk cop passport plak.
Ok macam ni... mula-mula pergi sebelah kanan tu... bahagian arrival, then cop passport tanda kita masuk Thailand... selepas tu... pergi ke arah kiri pula (yang Mat Lim tunjuk tu)... bahagian departure.. pergi cop passport situ pula sebagai tanda kita dah keluar Thailand.. .senangkan?

Pandangan hadapan kompleks imigresen ini.
ini gambar selepas cop passport keluar... apa yang nak MCo nak terangkan ialah, sebenarnya bila dah cop, ada pintu sebelah sana untuk keluar, ini pintu untuk masuk, tapi bila dah ferry tak ada, ikut sini la keluar....
barangan untuk jualan borong...
Banyak dah kedai yang tutup...
kedai yang tutup tu biasa sebelah dalam... jarang dah orang nak masuk dalam tu... tapi gerai-gerai kat luar tepi jalan ini masih beroperasi macam biasa, dan diaorang memang tutup agak lewat daripada gerai-gerai lain.
begini lah keadaan gerai luar ni... masih rancak orang datang berbelanja...
Panorama daripada Tak Bai.. Seberang sana ialah Pangkalan Kubor, Kelantan... Malaysia.
Disamping itu, dekat dengan jetty Tak Bai ini, juga tempat pemunggahan hasil laut oleh nelayan-nelayan, tak kira lah nelayan Thai atau Malaysia... mana yang ambik mahal, di situ pendaratan ikan akan di lakukan. Itu pun kalau tiada percanggahan boat penangkapan ikan, mana tahu kalau ada anggota pegawai perikanan yang sekat.
Ferry nak ke Malaysia dah sampai ni...
Sekali beli tiket.. dua-dua Mat Lim belanja MCo...
Ini lah bentuk tiket tu... tengok harga 10baht sahaja...tapi oleh kerana Ringgit jatuh sejak kebelakangan ini, kalau bayar dalam RM, maka jadi lah RM1.20 untuk seorang dewasa.
Dengan 3 minit dah sampai jetty Malaysia... tapi ramai pula orang beratur tu... sebab ada yang datang pagi tadi dan balik petang, semua pergi shopping dan makan..
yeaaaayyy dah sampai Malaysia.. sehari di luar negara... eehh tak sampai sehari...hanya beberapa jam sahaja...
Mat Lim pun mahu main tunjuk tunjuk juga tu... nah ambik lah satu letak dalam blog MCo...
Ramai beratur tunggu giliran nak cop passport.
Last picture.... di Jetty Pengkalan Kubor... nak nampak view comel di belakang....
Tips dan Info
  1. Untuk pergi Tak Bai, Sempadan di Malaysia ialah Pangkalan Kubor, luar daripada Pangkalan Kubor, maka pengunjung lain perlu melalui Tumpat terlebih dahulu.
  2. Pangkalan Kubor - Tak Bai adalah antara pintu sempadan Malaysia untuk masuk ke Thailand... cuma ia mesti melalui Ferry atau boat.
  3. Ferry pengangkutan besar seperti kereta... kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada kerana rosak.
  4. Ferry kecil untuk pengangkutan penumpang (orang) sahaja beroperasi awal pagi sehingga jam 7 petang (waktu Malaysia). iaitu 6 petang waktu Thailand
  5. Perjalanan Ferry pengangkut orang hanya memakan masa 3 minit setiap seberang.
  6. Di Sempadan Thailand (Pekan kecil Tak Bai), Line Maxis dan Digi ada 2 bar tetapi internet masih lagi 4G, cuma kadang2 Digi jadi E. Manakala Celcom 3 bar dan internet E. so dalam contact ini, macam Maxis lebih strong. 
  7. Di pekan kecil sempadan ini, Ringgit Malaysia masih boleh diguna pakai.
  8. Pada masa ini (21 April 2017) kadar tukaran ialah RM10.00 bersamaan 770baht.
  9. Sesuai untuk peniaga borong, harga pun borong juga, dan agak murah sedikit daripada Pangkalan Kubor.
  10. Majoriti di sini beragama Islam dan bahasa pertuturan pun sama macam Kelantan, atau bahasa melayu yang kita fahami.   
  11. Passport boleh di cop lewat, jika masuk jam 10 pagi, time nak balik karang pun boleh cop. Ini kerana jeti boat yang turunkan penumpang tu dekat dengan pasar tetapi agak jauh juga dengan kompleks imigresen. jadi untuk mudah cop 2 in 1 terus lah.    




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...