Wednesday, May 3, 2017

Fortune Island, Nasugbu Philipine

Bagaimana Hendak Pergi ke Fortune Island?

Ke Fortune Island bagi sesiapa yang tidak mahu menggunakan pakej... boleh lah pergi dengan kaedah MCo ini, tapi kena banyak bersabar dan tahan dugaan... kalau pergi menggunakan pakej mungkin boleh mencecah harga PHP4500 (lebih kurang RM410) per person termasuk tambang boat dan bergantung pada pakej.
Meh ikut cara MCo... Walau di mana anda sekali pun di Manila... anda perlu:-
  1. Buendia Bas Terminal ke Nasugbu - Pergi ke Bundier Jam Bas Terminal atau Buendia Terminal, atau syarikat bas DLTB. Co... cara nak pergi sini ada beberapa kaedah.. pertama UBER atau GRAB ia agak bergantung di mana diorang pick up anda, kedua Jeepney kalau anda tahu jalan dan tahu Jeepney mana perlu naik, ini cuma PHP0.80 (lebih kurang dalam RM0.50)... yang agak mahal ialah Teksi... jadi your money your decide. biasa ada 2 syarikat bas...ke Nasugbu. Tambang dalam PHP160.00 ( lebih kurang RM14.00) per person dan mengambil masa dalam 4 jam perjalanan... Pastikan pergi awal pagi...
  2. Di Terminal bas Nasugbu, perlu ambik trishaw atau teksi, pilihan tryshaw lag sebab murah, dalam PHP20-30 per person (dalam RM1.80 sahaja). kena pandai deal... kadang-kadang pemandu trishaw ini pun buat pakej ke Fortune Island.... standard adalah PHP2000 per person, kalau anda bertuah boleh dapat PHP1000 per person, (MCo dapat PHP1500).
  3. Daripada Jetty ke Fortune Island, bayaran masuk ialah PHP300 (dalam RM25.00) per person... dan memakan masa selama 1 jam... tambang boat kalau tak ada pakej boleh tawar menawar dengan tokey boat tu.... kalau boleh lah.
Agak mudah kan? so pandai pandai lah...  perlu di ingat, last bas daripada Nasugbu ke Manila ialah jam 8 malam, seeloknya ambik lah pukul 7 malam, dan datang awal ke terminal bas Nasugbu, kadang-kadang bas jalan awal 15 minit daripada waktu sepatutnya...
Tengok lah jarak perjalanan daripada Manila. itu kalau kereta boleh lah 2 jam, tapi bas ini yang MCo naik ialah bas henti henti...
daripada Jetty ke Fortune Island.

Ini lah terminal bas DLTB.co di mana bas nak pergi ke Nasugbu Batangas.
kena betul-betul mark terminal bas ini, sebab setiap syarikat bas akan ada satu terminal persendirian mereka, tapi tak apa, just tanya "mana bas nak pergi ke Batangas Nasugbu,
Antara syarikat bas yang mempunyai terminal bas sendiri...sebagaimana DLTB.co tu....
Salah satu bas di DLTB.co, tapi ini hanya pergi ke Batangas tidak ke Nasugbu.
Begini lah kena sabar, bas tidak ada selalu, tapi kena beratur seperti ini.... bas sentiasa ada, tapi kalau ruangan duduk penuh, turun sahaja, dan tunggu bas seterusnya kalau tahan sabar lah... 
  ruang menunggu bas simple sahaja... dan setiap lorong itu adalah berlainan destinasi bas.
Suasana di dalam bas... ada yang berdiri, maklumlah bas ini akan banyak juga berhenti nanti, jadi akan ada penumpang turun naik.... banyak bersabar, sebab tu ia memakan masa selama 4 jam perjalanan.
Tiket daripada Manila ke Nasugbu.. woooow nostagia tiket ini...macam MCo naik bas pada zaman awal 90-an...
Ingat, setelah sampai di Nasugbu, cari lah trishaw macam ini.. murah dan cepat nak ke destinasi..... boleh muat dalam 3 orang maksima..kalau tubuh kecil lah...
Jom ke Fortune Island...ini adalah pakej yang ditawarkan oleh pemandu tryshaw tu... no telefon dia pun ada tu...
Ini lah boat pengangkutan penumpang ke Fortune Island....
Jetti Utama nak ke Fortune Island... dan sebenarnya ialah tempat tiket masuk ke Fortune Island...
Inilah resit bayaran nak ke Fortune Island... PHP600 sebab 2 orang... tapi bagi MCo ialah, boleh je masuk gitu tanpa melalui pintu ini... dan tak perlu bayar pun... biasa lah nak niaga.

Fortune Island....
Boat lain dah nak balik daripada Fortune Island..
Pantai di Fortune Island... ramai orang mandi manda... (khemah dan payung boleh sewa dengan harga PHP500 per day).
semua sama... boat macam ini..
Fortune Island Acropolis, macam tapak purba di euro ja... kalau ambik gambar di sini, sure orang akan kata kita berada di Rome....
Panorama daripada jauh Acropolis.
Jetty, kat Maryland Beach... waktu senja... boat last daripada Fortune Island ialah jam 5 petang.
Nasugbu di wilayah Bucana.


Lain-lain..
MCo di pantai Fortune Island, yang berlatar belakangkan Acropolis nung di atas bukit... so sesiapa yang minat pantai dan adventure tu.. boleh lah datang sini... untung MCo muka macam orang philipine, tahap nak kena tipu tu kurang...dan ada yang cakap Tagalog dengan MCo kerana menyangka MCo ini adalah orang tempatan.

Tips dan Info.


  1. Datang awal ke bus terminal
  2. sediakan duit kecil secukupnya
  3. install app GRab atau Uber dalam hp
  4. beli simcard philipine nak mudah.
  5. Bawa makanan dan minuman ke Fortune Island ini.
  6. kalau nak mandi jangan lupa bawa baju lebih dan tuala...nak bilas kena bilas di tanah besar tu... di pulau tiada tempat bilas
  7. Fortune Island ini ada resort tinggal... 
  8. tiada surau di sini, bagi muslim nak solat tu, pandai-pandai lah cari tempat sesuai... tapi di sini ada khemah di mana2.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...