Tuesday, June 20, 2017

JIKA PASSPORT HILANG DI LUAR NEGARA, APA PERLU ANDA BUAT?

IKUTI LANGKAH-LANGKAH INI.


Jika kehilangan passport di luar negara, bolehlah ikut langkah-langkah ini, 

1. Laporan Polis
samada passport di curi, hilang atau tercicir, perkara asas ialah buat laporan polis di balai berdekatan. ini kerana adalah:-
  • Laporan polis diperlukan untuk pohon passport sementara di kedutaan
  • Tuntutan insuran untuk kehilangan passport jika ada perlukan laporan polis.
  • dan yang paling penting ialah jika passport di curi dan pencuri berniat jahat mempergunakan passport anda, maka ia menjadi bukti. sebab itu, laporan paling cepat paling efektif. 
ingat, jangan bertangguh dan pastikan dapatkan salinan laporan tersebut dan simpan elok-elok, jika perlu boleh fotostat, dan kalau travel lebih daripada seorang, boleh suruh rakan-rakan pegang satu copy.

2. Pergi ke Kedutaan atau Konsulat Malaysia terdekat
Dengan laporan polis tersebut, buat aduan tentang apa yang telah berlaku.
so tipsnya... sebelum pergi ke sesuatu tempat, cari alamat dan no contact kedutaan, maka mudah lah.
ni sedikit panduan website Kementerian Luar Negeri di kementerian luar negeri

3. Mohon Sijil Passport Sementara
Pihak kedutaan akan mengeluarkan sijil passport sementara dan sijil ini hanya sah untuk pulang ke Malaysia sahaja dengan kata lain, 1 hala sahaja.. tetapi untuk pohon sijil passport sementara ini ada perlu:-


  • Salinan laporan polis
  • sebarang dokumen yang membuktikan anda ialah rakyat Malaysia, seperti kad pengenalan, lesen memandu ke... apa-apa sahaja yang dapat meyakinkan pihak kedutaan, paling kurang anda nyanyi lah lagu "Negaraku".. hahaha
  • Perkara asas ialah isi borang permohonan, di kedutaan tu, diaorang akan bagi.
4. Wang
perlu pandai bahagi-bahagi pecahan duit, jangan letak satu tempat sahaja di poket anda. ini penting untuk hidup anda samada hendak pergi ke balai polis, ke kedutaan, atau buat panggilan. 

5. Kenalan
Jika anda ada kenalan di negara yang di lawati, segeralah hubungi beliau, paling kurang diaorang dapat tolong serba sedikit, samada pertuturan di balai polis atau mana-mana agensi tempatan.

semoga maklumat ini bermanfaat

Lain-Lain info dan tips
  1. Jika passport hilang, anda akan terkandas di luar negara, tidak dibenarkan menaiki flight ini bermakna anda tidak boleh pulang lagi kecuali secara haram.
  2. Seelok-eloknya, buat fotocopy passport berkenaan 1 atau 2 salinan dan letak di tempat berasingan, walaupun ia memang tidak laku tetapi paling kurang ia dapat meredakan sebarang masalah yang mungkin berlaku, Atau paling kurang snap gambar passport dalam telefon. dan langkah paling selamat ialah scan semua dokumen itu, dan emailkan kepada diri sendiri.
  3. simpan alamat dan no contact kedutaan.
  4. Cari kawan sebelum pergi ke negara yang di lawati walaupun agak sukar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...