Thursday, July 20, 2017

VOLKSWAGEN KLASIK - HUTAN LIPUR CHEMERONG

SAMBUTAN HARI RAYA KELUARGA VOLKSWAGEN.

Kelab Volkswagen Klasik Terengganu (KVKT)






Tanggal 14 Julai 2017 (Jumaat) bersamaan 20 Syawal 1438H, Kelab Volkswagen Klasik Terengganu (KVKT) telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Keluarga KVKT di Hutan Lipur Chemerong. Kali ini majlis berkonsepkan portluck di mana setiap peserta dikehendaki membawa makanan masing-masing.

Antara yang tersenarai jelas dalam konvoi ini ialah
  • Hj Zakaria (Pengerusi KVKT)
  • Cikgu Yusri
  • Hasnul Sham
  • Hj Rameli
  • Yie
  • Din Bokehs
  • Cikgu Mie
  • Mohd Salleh
  • Zahar Ktn.
  • Sal Kepong
  • Hasrul
  • Cikgu Din
  • Pok Yaya
  • Awang PH4880
  • Abe Lan
  • Shahnon
  • ....dan nama2 lain yang tak tahu nak disenaraikan.
masing-masing membawa makanan dan keluarga masing-masing kecuali MCo, travel alone.

sebelum cerita lebih lanjut meh MCo cerita sikit pasal Hutan Lipur ni.

Hutan Lipur Chemerong terletak di Hulu Dungun, Kuala Terengganu, dan amat sesuai untuk aktiviti riadah dan perkemahan yang terasing dan jauh dari kesibukan ibukota.. maka di sini lah tempat sesuai untuk dengar nada belantara dan siulan semulajadi hutan hujan khatulistiwa...

Bagaimana nak ke sini? 

Lokasi nya ialah...30 km dari Bandar Al-Muktafibillah Shah melalui Jalan Jabor - Jerangau dan 100 km dari Bandar Kuala Terengganu. Jika lebuhraya boleh keluar laluan Bukit Besi.  Hutan Lipur Chemerong terletak di dalam Hutan Simpan Pasir Raja yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit. Boleh bawa kenderaan sendiri.

 Kemudahan-kemudahan yang ada?

Terdapat pejabat, pondok rehat, surau, menara pandang, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, dan denai ke Gunung Berembun. Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, pendakian, bermalam dan lain-lain, pengujung diwajibkan melapor atau membuat permohonan dengan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Ibupejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. 
Bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung.


Untuk maklumat lanjut boleh lah berhubung terus dengan Jabata Hutan Lipur ini.
 
Unit Hutan Lipur dan Rekreasi,
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu,
Tingkat 7, Wisma Negeri,
20200 Kuala Terengganu
 
Tel. : 09-6274155
Faks : 09-623 6552
  
 
 
 Pintu Masuk ke Hutan Lipur Chemerong....
  Peta jarak dan lokasi di mana terletaknya Hutan Lipur Chemerong.
Begini lah sebahagian air terjun Chemerong ini... ini adalah peringkat permulaan, bawah sekali daripada susur air terjun.... tapi MCo sekadar fokus setakat ini sahaja.
Di sini ramai orang mandi manda... bagi sesiapa yang bawa famili dan anak kecil boleh lah mandi dah berpicnic kawasan ini sahaja.. memandangkan di sini ada gazebo...dan tempat mandi yang cetek, dan air terjun yang tidak "hardcore"...


Konvoi geng-geng Kure dan Kombi
Seawal jam 8 pagi kami berkumul di check point pertama, iaitu permulaan susur masuk LPT Kuala Terengganu.
Daripada kumpulan berpusat di Kuala Terengganu seramai 11 buah kure termasuk 1 kombi cikgu yusri..


Selepas tol LPT susur Masuk Kuala Terengganu (Guntong)...sementara tunggu yang lain melepasi pondok tol.
MCo bergambar sekali.. sambil tunggu orang lain.. bukan selalu bergambar dengan deretan volkswagen klasik ini.
Jalan menuju ke destinasi...

Acara santai tepi highway ini jarang berlaku... tetapi ia hanya terjadi apabila kereta ahli ada masalah, sementara baikpulih di jalankan... maka ada ahli lain ambik kesempatan berborak untuk mengenali lebih dekat... patern kalau kereta rosak tak boleh "berkrumung" ramai... nanti lain jadi...

Masih bersantai sementara kereta Nasrul pulih seperti biasa.. orang-orang macam MCo ni (yang memang tak tahu hapa pasal baikpulih engine)...tak banyak yang dapat membantu... jadi ambik gambar macam ini lah...
kita punya tradisi.. mana-mana kelab pemotoran pun... jika kuantiti agak sedikit (biasa tak lebih dari 30 buah).. jika ada kerosakan, semua pakat berhenti bantu, dan tunggu.. begitu lah kami di KVKT... jika konvoi kuantiti ramai... tidak semua boleh tunggu....  deretan ini adalah bukti kami ambik cakna semua orang....
MCo dan Bokehs....

Pada hari ini.. Jumaat 14 Julai 2017, LPT ini agak lengang.. mungkin suasana raya masih terasa... atau semua orang yang balik kampung beraya telah awal-awal balik ke KL, tapi nasib baik jalan tidak terlalu banyak kenderaan, maklumlah kalau ada, semua boleh dikategori high speed.

Gambar daripada sudut lain... cari angle terbaik untuk fokus posisi sesuai... kalau snap 100 keping belum tentu dapat sepenuhnya terbaik.

Geng Selatan Terengganu... dan sedia menunggu di Bandar Al-Muktafibillah Shah..sementara tunggu kami sampai.... 

Singgah di hentian Ajil... kereta biru kanan sekali tu, kereta Nasrul... terpaksa di tinggalkan di sini kerana ada masalah teknikal... jadi dia tumpang cikgu Mie... 
Deretan kereta daripada geng2 kemaman dan sekitar selatan Terengganu.... daripada sini kami akan bergabung dan meneruskan perjalanan sejauh 30km lagi ke Hutan Lipur Chemerong.

Gambaran ini sebenarnya adalah sangat normal bagi konvoi-konvoi Volkswagen klasik ini... sebab tu nak pakai kereta ini, hati kena kering, tabah, bersabar dan kena tahu serba sedikit tentang engine kereta ini... paling penting ialah kena belai-belai selalu... tak boleh biar macam itu sahaja....bila nak konvoi...terus je drive tanpa servis.
Seharian drive, maka cari view yang menarik untuk bergambar... air terjun Chemerong ini tak ramai sangat orang tahu.. terutama di Kuala Terengganu lebih femes air terjun Sekayu.
Pondok beli tiket dan melaporkan kedatangan ke Hutan Lipur Chemerong ini.. kena tulis nama di sini... kalau datang berempat, cukup tulis 1 nama tetapi perlu tulis "hadir bersama 3 orang".... kalau nak tulis satu satu pun tiada masalah.
Maklumat tentang hutan lipur ini,... kalau kaki tak leh tengok papan tanda dan nak baca, maka ini elok lah...

Pintu masuk utama... sebelah kanan tu, kaunter/pondok tiket atau pegawai keselamatan...
Setiap orang dikenakan caj masuk ke hutang Lipur Chemerong ini sebanyak RM2.00 dan dikehendaki menulis nama... agar mudah mereka pantau... jika ada kehilangan, mereka mudah untuk merujuk.

deretan kure... yang menyertai program ini... waktu pagi masih kosong parking... kami sampai sini pun sebelum solat Jumaat... kalau hari minggu lain... boleh di katakan penuh parking di sini.
tempat mandi amatur untuk kanak-kanak.... air jernih...

begini lah suasana semua dah berkumpul bersama famili... keluarga besar KVKT.. masing-masing sibuk dengan persiapan, sambil yang lain-lain akan follow aktiviti yang telah di aturkan.
Masing-masing ada  peranan, masing-masing bawa makanan sendiri, ini akan lebih merapatkan ukhwah sesama ahli, boleh di katakan bukan owner VW sahaja...tetapi pasangan mereka juga mendapat kawan, mendapat ilmu.. mendapat faedah apa sahaja aktiviti KVKT lakukan.

Makanan dah siap.. maka time untuk menjamu selera... makan sebelum solat Jumaat...nanti balik, boleh makan lagi... memang cukup untuk satu program...

antara sebahagian gambar yang terurai...hehehe
Sungai di hadapan masjid kampung Jongok Batu... dan dalam semak-semak ini terdapat tangga usang...dan jetty, ini mengambarkan sungai ini pernah menjadi jalan pengangkutan utama di kawasan ini.. tetapi dengan adanya jalan raya, maka mungkin pengangkutan sungai ini tidak di aktif kan lagi...
sebagai batu aras dan batu asas untuk ke hutang lipur Chemerong.
Special posse daripada MCo..

seperti biasa, samada aktiviti KVKT atau Mychevyclub, atau aktiviti Opzon... MCo still alone... drive alone... so bergambar pun memang sorang-sorang...
special poss buat Bokehs.... pakar rujuk MCo tentang kure ni.... selalunya jika aktiviti, jika dia join, MCo akan join tanpa berfikir panjang... jika dia tak join, MCo akan berfikir 10 kali untuk join...


Jom kita tengok gambar secara rawak pula....
Antara gambar air terjun di sini pada tingkat pertama... tempat orang mandi ramai di sini.

...lain-lain panorama...
Kelihatan pengujung yang datang mandi di sini... memang mengasyikkan dan mendamaikan, kalau sunyi sangat tak best juga....
another angle.... air terjun dan kejernihan air...





Gambaran daripada bawah lagi daripada air terjun di atas tu... dan sebelah kanan ni,










Track untuk angle.... klasik, selagi sempat nak bergambar.... cari lah peluang...

Orang lama dalam KVKT.... ini lah keistimewaan club-club yang nampak klasik ini... sebab salah gaya...orang yang hadir pun memang klasik juga.... masih gagah untuk drive dan maintain kereta.

Konvoi kure.. lagi 3 km sampai lah destinasi yang nak di tuju... panorama yang agak sukar nak dapat macam ini...

Bila dah masuk kawasan kampung dan hutang.. para konvoian ni kena berhati-hati terutama kanak-kanak yang bermain di tepi jalan.... jalan yang berlubang... haiwan peliharaan, haiwan liar, dan juga dahan pokok.... mata kena cergas macam ini.









Semua ahli KVKT bergambar... misi kali ini telah berjaya.. next trip perlu rancanga lagi... kira bertuah kerana program kali ini mendapat sambutan daripada kalangan ahli... lepas ini tak lah kaku sangat club ini... yang paling best semua pun dapat join, daripada pasangan dan anak-anak... lagi meriah... dan muka muka yang tak pernah dan jarang join pun muncul dalam program kali ini....


Plan next trip.. Melaka September 2017.. bila bergambar begini... ia akan menjadi igauan kepada setiap ahli untuk terus join sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh KVKT.



Barisan Kure dan KOmbi yang turut serta dalam program KVKT kali ini.. menggabungkan ahli di Kuala Terengganu dan sebelah selatan Terengganu.
gambar sudut lain... menunjukan deretan kereta-kereta klasik ini...  nampak rare... daripada kelab pemotoran lain...tapi yang jiwa klasik sahaja...

bila banyak kamera pun dah tak muat untuk fokus semua....
kanak-kanak memang suka tempat begini, cukup sekadar mandi tempat yang memang di khas untuk kanak-kanak mandi manda... ibubapa pun kena berhati-hati juga, walaupun airnya cetek.
bila masuk kelab kereta...aktiviti bukan sahaja tertumpu pada konvoi..konvoi...konvoi... tapi hari keluarga juga perlu... tambahan ada aktiviti sampingan seperti ini akan lagi menambah keeratan antara ahli... acaranya ialah lempar buoh nyiur... tengok kena atau tidak botol air mineral tu... semua ahli layak join....bukan saje-saje tetapi ada hadiah...
Acara tiup belon anak-anak KVKT.... yang dipengerusikan oleh cikgu Mie.... jadi anak-anak pun tak lepas peluang.. seronok kan.
kaum hawa KVKT ambik peluang beramah mesra dengan aktiviti mereka... tolong lah panggang ayam...hehehe...
yang lain-lain ada jadi safeguard untuk perenang-perenang amatur....
riang-ria kanak-kanak bila dapat join macam ini... kita ada aktiviti, mereka pun ada aktiviti.
Gambaran daripada seberang...


Sambil tunggu telur separuh masak..sembang-sembang dulu... sambil-sambil bincang trip akan datang kot... atau tak sabar-sabar tunggu Awang masak telur...

Sekarang giliran pengerusi KVKT plak membuat lontaran perasmian..

hahh...dah dapat pun.... kuat lagi dik... nak menang hadiah kena semangat..
Acara penutup... hadiah bagi yang join aktiviti yang KVKT anjur kan... tetapi bukan itu yang utama sebenarnya... ahli KVKT yang join ini diwajibkan menyediakan hadiah tak kira besar atau kecil... dan kita orang akan bertukar-tukar hadiah.
kira adil, semua akan dapat, dan di susun secara kreatif dan teliti...supaya setiap orang tak dapat hadia berganda dan hadiah diri sendiri.

Hadiah tambahan kepada wakil KVKT paling lama.... jarang dua orang ini join aktiviti, tapi hari ini, mereka tak mahu lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan program...

Macam-macam hadiah ni... semua dapat... dan hadiah menjadi misteri, nak tahu sampai rumah lah baru buka.. MCo pun tak tahu hadiah apa yang dapat....
Kena panggil sorang-sorang untuk terima hadiah... tapi tak nak sebut pasal perkataan hadiah... tapi lebih suka panggil cenderahati.. buat kenangan... lain kali nak buat medal plak... iaitu setiap medal ada tulis setiap nama....
Bagi ibubapa yang segan nak ambik hadiah bila nama dah di panggil boleh lah wakil anak-anak ambik... hehehe, lagi pun kanak-kanak memang suka bila dapat hadiah....
Giliran Cikgu Yusri plak yang dapat... macam-macam bungkusan dan macam2 ragam.







ni dia Awang.. pembekal telur aron... telur separuh masak... pagi-pagi boleh gi lah kedai dia kat jeram..



Nasib lah kalau boleh payung ni.. tapi ini hadiah yang baling buah kelapa tu..










Oleh kerana majlis hari raya... acara yang paling di sukai oleh kanak-kanak ialah dapat duit raya... syook nya cikgu mie bila dah agih-agihkan duit raya.. kasi angpow.... memang tak putus lah barisan....
Perjalanan pulang daripada hutan Chemerong...


Akhir kata... bagi pihak MCo sendiri lah... "persembahan" KVKT ini ada hubungan ukhwah tersendiri... masing-masing memahami, tolong menolong dan berkongsi minat yang sama...


.... dan hutan Lipur Chemerong agak menarik untuk aktiviti riadah samada persatuan atau berfamili, MCo di khabarkan ada rombongan daripada Kuala Lumpur, Hiking dan berkhemah di sini, peratusan agak tinggi flora dan fauna tidak terusik di sini, memandangkan lokasi nya agak terpencil... dengan kata lain ia masih mengekalkan panorama semula jadi.



Lain-lain info


  1. "Konvoi Volkswagen paling ramai setakat ini...." kata ahli kelab lain terutama Hj Ya (pengerusi KVKT)
  2. petrol kalau kereta MCo ialah RM50 untuk pergi dan balik.
  3. Konvoi jalan kampung dan lebuhraya berbeza, jalan kampung walaupun slow and steady tapi kena jaga kenderaan keluar masuk simpang dan juga anasir-anasir di sepanjang jalan seperti kanak-kanak, binatang ternakan, haiwan liar atau sampah atau ranting2 kayu di atas jalan... manakala di atas lebuhraya, kena bagi perhatian kenderaan mungkin laju di lorong kanan... dan juga speed trap sesiapa yang kaki pecut. 
  4. Sebaik-baik seminggu atau paling kurang 2 hari sebelum hari konvoi, check kondisi dan servis kereta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...