Sunday, August 6, 2017

KERETAPI SG. GOLOK KE HATYAI, THAILAND

Perjalanan Keretapi ke Hatyai daripada Golok

Perjalanan MCo kali ini ke Hatyai ialah melalui keretapi, bukan daripada biasa... kebiasaan MCo pergi ke Hatyai dengan memandu melalui Pekan Sg. Golok atau Pekan Danok..
Agak teruja juga bila naik keretapi ini, boleh merasai suasana...


Peta laluan keretapi, hanya gerak lurus dan banyak hentian... perjalanan sejauh 260km boleh memakan masa 5 jam.... dan gerabak boleh terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu kelas 1, kelas 2 dan kelas 3 (yang ini percuma untuk warga Thailand, dan khas untuk warga Thailand sahaja) update hingga kini 2019 yang percuma untuk warga Thailand sudah tiada... semua berbayar sekarang...
Ini bukan tiket keretapi tetapi resit tempat parking kereta di tepi stesen keretapi ini. dengan kadar bayaran 50baht sehari dan tempat adalah sangat terhad, atas nasib jika ada kekosongan. Bayar boleh di buat semasa ambik kereta.
Gambar muka depan pejabat pejabat parking ini...
Dan kawasan parking motor dan kereta... keadaan tak lah bergitu luas... tapi boleh lah, kalau tak ada juga, terpaksa parking di seberang Malaysia lah.
  Sungai Golok Railway Station.... MCo dah sampai sini, parking kereta dan masuk dalam Station untuk beli tiket, tiket boleh beli hari sebelum sebelum sebelum (yang ini untuk special express sahaja) dan untuk kelas ke 3 kena beli pada hari yang nak naik tu sahaja.... tapi atas nasib lah kalau ada kekosongan... kalau tiada hari keraian, rasa-rasa banyak je kosong tu...
  MCo berdiri sebelah tu... pintu yang tentera jaga tu ialah pintu keluar.. memang sentiasa berjaga-jaga... dan dalam train nanti pun ada askar dan polis.

Hat Yai Sungai Kolok Train Times and Fares

Trains from Hat Yai to Sungai Kolok

Train Depart Arrive Type
175 06.30 10.00 Rapid
171 06.45 10.45 Rapid
37 07.35 11.20 Special Express
463 07.55 12.10 Ordinary
451 10.18 14.50 Ordinary
447 13.12 18.00 Ordinary




Trains from Sungai Kolok to Hat Yai

Train Depart Arrive Type
448 06.30 10.46 Ordinary
452 08.55 13.41 Ordinary
172 11.30 15.29 Rapid
464 12.25 16.55 Ordinary
38 14.20 17.59 Special Express
176 14.55 18.15 Rapid
For information on the railway station at Hat Yai click here>>>

Ticket Prices

All prices shown below are one-way fares in Thai Baht (THB)
Ordinary Trains
3rd Class Seat Adult 42 / Child 21

Rapid Trains
2nd Class Seat Adult 146 / Child 98
3rd Class seat Adult 92 / Child 71

Special Express Trains
2nd Class Seat Adult 416 baht (2.20pm local time)
3rd Class seat Adult 232 / Child 211

Stesen permulaan di selatan Thai... iaitu Sg. Kolok di sebelah timur... secara amnya keretapi ini akan melalui stesen-stesen utama ke hatyai iaitu.. Tanyong Mat iaitu di daerah Ra Ngae dan Narathiwat, Stesen Yala, Stesen Pattani dan seterusn Hatyai Junction...
   Kaunter Tiket...kalau ramai terpaksa kena beratur lah..
  keretapi memang siap sedia ada sebelum waktu berlepas lagi... tapi kalau boleh datang awal.. jangan last minute.
Ini lah rupa bentuk tiket... kalau nak detail lagi apa yang ditulis tu ialah:-
No keretapi 172
tarikh 28 Julai 2017
waktu ETD 11.30 pagi
ETA 3.29 petang
No Gerabak : 5
No Tempat duduk: 15
maklumat ini secara asas, mana-mana tiket pun patut tahu
harga satu hala ialah 146baht iaitu lebih kurang RM17.00 
  Gerabak kelas 2... walaupun tak penuh, tetapi setiap hentian akan ada penumpang akan naik dan juga turun. Walaupun kipas ada di atas kepala, tapi agak panas juga.
ok..sikit jam lagi dah nak jalan... so bergambar dulu lah...
snap picture dalam gerabak.. sementara orang tak ada...
special posse daripada MCo... sebab bila keretapi bergerak, nak bergambar macam ini memang tak ada peluang lagi.

Potrait mode dalam iphone berbanding gambar di atas tu...
Kondutor pemeriksa tiket keretapi.
nampak sedap... eermm bila nak keretapi macam ini, kalau last minute.. tak sempat beli, jangan bimbang sebab kat dalam keretapi ini ada je orang jual.. samada diaorang naik di setiap hentian atau daripada Sg. Kolok ni mereka siap siap naik.
Ini lah antara gambar candid yang sempat MCo snap... ini lah penjual-penjual buah tu... bukan itu sahaja... benda-benda lain pun ada, air, kerepek... tengok siapa yang jual...
Dalam gerabak keretapi, kelas 2.. memang disediakan macam ini... jangan terkejut, kat dalam ini pun ada jual nasi melalui penjaja penjaja macam orang jual buah tu... ini lah keperluan meja sisir macam ini.

  Salah satu permandangan... sepanjang jalan daripada Sg. Kolok ke Junction Hatyai.

  Penduduk tempatan yang jemur hasil tanaman/jualan mereka di sepanjang rail keretapi ini... sebab laluan keretapi ini tidak tertakluk pekan, hutan, ladang tetapi kampung-kampung kecil juga.
 panorama yang indah seperti ini jangan terlepas pandang jika naik keretapi....
sekali sekala... penjaga tiket, atau polis akan meronda dalam gerabak seperti ini... ada juga diaorang akan minta tengok passport, atau tiket..
kalau nampak dia, standby lah tiket tu... mana tahu dia minta kali ke 2... kebiasaan dia perasaan, dah check sekali... kecuali konduktor tiket lain yang meronda.
  Marubo...salah satu stesen yang keretapi berhenti.. penumpang turun dan naik.... atau ada penjaja yang akan naik untuk jual hasil jajaan mereka.

Chana.... juga salah satu hentian keretapi ini akan berhenti, mengambil atau turun penumpang.

Gambar sepenuhnya untuk Chana station...
Inilah contoh penjaja yang akan naik untuk jual hasil mereka.. ada yang naik daripada golok akan turun di sini jika semua barang telah habis dan akan naik keretapi daripada Hatyai ke Golok... mereka naik dan jual ini sebagai penduduk tempatan, maka tiada bayaran di kenakan kepada mereka. (kalau bayar "kot belakang" tu.. MCo tak tahu lah).  
Keretapi sedang berjalan kencang...ada yang slow.. jadi daripada itu, berselfie lah macam ini... ada orang suka naik keretapi ini, kerana lebih nampak santai, keletihan kurang jika memandu... kalau nak nilai daripada kecepatan dan keseronokan, drive sendiri lebih afdal...sebab tidak terikat dengan jadual dan masa.
  Masa MCo ambil gambar depan Gerabak ini... adalah orang-orang mengintai macam ini... bila fikir balik, better letak lah satu gambar yang ada orang mengintai ini... gerabak ini mempunyai pintu yang boleh buka dan tutup... jika kelas 1, memang tingkap tak boleh buka sebab ada air-cond.
   ...dan sampai Junction Hatyai... apa-apa pun bergambar dahulu....
gambar mode biasa....

  gambar mode potrait iphone 7p.
  Hatyai Junction station... sesiapa nak meneruskan pejalanan ke Phattalung atau ke Bangkok terus still sahaja dan gerabak... MCo turun sini sahaja.
Bergambar di rail keretapi... nampak lebih halunisasi sikit... para travel amatur katakan... kita nak cari angle yang menarik dalam pengambaran.
double pic... dalam mode potrait. agak menarik juga di jadikan subjek cover.
Pandangan luar dan pintu utama stesen keretapi Hatyai...
MCo menuju ke hotel.... ini lah jalan utama... jika terus lagi ia akan berjumpa dengan simpang ke Lee Garden Hotel, Grand Plaza hotel, Pink Lady Hotel... restoran Kelantan.. dan Hatyai Walking Street.

Tips dan Info


  1. Keretapi Kelas 3, open air, kerusi kayu dan di khas kan untuk penduduk Thailand sahaja, dan percuma.
  2. Kelas 2, kerusi standard, berkusyen, di sediakan kipas, tapi agak panas juga.
  3. Perjalanan memakan masa dalam 4 hingga 6 jam, kalau boleh jangan terlena sangat.
  4. Ada seketika polis atau askar akan buat rondaan dalam gerabak, samada check passport, tiket, atau hanya sekadar rondaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...