Thursday, September 21, 2017

HIMPUNAN GAMBAR CHIANG MAI - MAE HONG SON

MASIH DALAM PENULISAN

Perjalanan ke 1000 corner

Perjalanan kali ini dirancang awal dengan jumlah penyertaan seramai 10 orang tetapi di akhir perjalanan, seramai 5 orang telah tarik diri atas sebab-sebab tertentu, maka yang hati kental sahaja terus bertahan.

Misi kali ini agak singkat daripada sebelum ini... dan kerana sebab itu juga, jarak perjalanan juga dikurangkan kepada 600km sahaja yang perlu di habiskan dalam masa 4 hari. Ia merupakan kesinambungan pada sessi pertama kami dulu di sini.. untuk mengikuti kisah lalu boleh lah baca di sini --->1000 corner terdahulu

Seperti yang lepas lepas, kami di sini perjalanan pertama ialah dengan kapal terbang, terbang secara langsung KLIA 2 dengan AirAsia... ke Chiang Mai, Thailand... dan perjalanan ke-2 ialah dengan menyewa motor... berbanding dengan rider-rider yang lebih hardcore yang lebih gemar ride terus daripada Malaysia ke Chiang Mai ini... kalau itu, paling kurang pun masa di perlukan ialah 1 minggu... (itu pun tak cukup) standard dalam 2 minggu atau 10 hari... ada juga orang "naik" motor dengan keretapi...ke Chiang Mai.

Cerita ringkas...
1000 corner kali ini disertai oleh 5 orang iaitu.. MCo sendiri, Fariz sebagai lead dalam trip ini... Yie Sanah.. Amiru dan Zul... 
Trip ini dirancang sejak Mae Hon Song pertama dulu, boleh di katakan setahun dan pembelian tiket pada bulan Oktober 2016 dengan kos lebih kurang RM350 (pergi dan balik).
Sebelum perjalanan... kena check route dahulu, survey... dan perkiraan perjalanan

Kos
standard bajet seorang boleh lah dibahagi macam ini.
sewa motor = 1000baht sehari x 3 hari = 3000baht
petrol = LS = 1000baht
makan 300 baht sehari x 4 hari = 1200 baht
sewa hotel = 500baht sehari x 3 hari = 1500 baht
ini yang asas sahaja.. kalau kira jumlah lebih kurang sahaja... 6,700baht... kalau ikut perkiraan currency pada masa ini ialah RM10 = 78baht... bermakna 6700baht = rm860 (lebih kurang)

kos-kos lain sebagai tambahan.
baju - RM45
Stiker - RM10
Insuran - RM30


Pada kali ini kami akan merempuh daripada Chiang Mai ke Pai dan terus ke Mae Hong Song dan ke Chiang Mai... berbanding pada siri pertama kami melalui Mae Hong Son dulu dan ke Pai dan Chiang Rai dan ke Chiang Mai.


Ini adalah lakaran asal dan peta rancangan perjalanan kami, secara ringkasnya sahaja... semua ini perlu di rancang supaya ia tidak tersasar daripada target dan bajet kitaorang... pertamanya berkenaan hari dan kos.

Sebagai yang lepas, kali ini pun kita buat juga stiker...... dan di stiker kali ini hanya letak nama, yang terdahulu letak gambar... kalau berdasarkan nama itu, jumlah keseluruhan ialah 10 orang tetapi dah tarik diri saat akhir 5 orang... yang 5 orang ini terpaksa teruskan juga... tu lah...nak kata... rancang macam nak pecah kepala, letak list nama...tapi akhirnya separuh sahaja yang pergi... lumrah... bukan itu sahaja, baju pun kitaorang buat.
Antara stiker-stiker rider yang pernah sampai di sini.. ini seperti satu kewajiban untuk ada stiker sebagai tanda ingatan yang mereka telah pun sampai di sini.
stiker lama dan stiker baru.. dekat2 MCo lekatkan.. Geng Doktong itu, adalah masa kali pertama kami datang sini.




Pop Carrent.. tempat sewa motor... setiap masa mereka akan "update" bike-bike mereka.... kalau ada motor baru...




Tiket nak masuk ke Tiger Kingdom...


Yie Sanah beratur untuk beli tiket khusus untuk masuk ke kandang harimau.... boleh lah bergambar dan berpelukan dengan harimau... harga tiket tu... kalau bagi MCo agak mahal juga lah... kalau tak silap lebih 1000 baht juga.


MCo sekadar bergambar di luar kandang harimau ni je.. cukup lah tu...




Masa di Pop Carrent... pilih motor dan ready nak berlepas...
Kali ini MCo pilih Honda Forza 300cc warna putih pulak... tapi sebelum tu, check semua dahulu kondisi motor... signal, lampu, starter, dan lain-lain....
Tiger Kingdom... bergambar solo....
Bergambar 4 orang...sementara Yie Sanah dan masuk dalam kandang harimau.. kami 4 orang macam rasa tak berbaloi je dengan harga tiket dan bergambar dengan harimau... so kami buat keputusan, cuma lepak di luar je lah...


Pintu masuk ke kandang harimau....
MCo just bergambar dengan penjaga tiket ni je... biar tak bergambar dengan harimau pun.

sedang tampal stiker....





Stiker, key chain dan magnet freeze yang ada di jual di Pai... tempat persinggahan.










sempat beli sepasang baju ini... akhirnya, dua-dua MCo  pakai...hehehe
















Chiang Rai... kedai makan muslim..
Bergambar dengan polis yang buat roadblock di bandai Chiang Mai, hari pertama kami sampai dan ready nak "berlayar" dah.. polis dalam bandar ini baik... just check lesen, tetapi polis luar bandar, diaorang check lesen dan kata tiada lesen antarabangsa... so kena lah "paw" 500baht seorang....








masa sampai puncak...hujan turun dengan lebat.. so berhenti dan bergambar je...memang jalan pun licin..ada kalanya tak nampak jalan di depan.
Zul dengan ragamnya.... dah tak ada apa nak bergambar...
Fariz dan Yie Sanah dengan ragam mereka...




Sebenarnya di Kong Gnam viewpoint ini.. puncak dan cantik permandangannya... atas orang yang pandai menilainya..tapi oleh kerana waktu tu kami sampai hujan...maka berkabus lah nampak














Di puncak tengok matahari jatuh..... eerrmmm...
























































































































































Tangan atas bahu terus kawan kita ni...
















































































































































































































MCo bergambar dengan salah seorang Hafiz al-Qur'an.. pernah belajar di Malaysia.. bolehlah sikit-sikit berbahasa melayu...sekarang dia dah jadi guru mengaji kepada orang lain.


Oleh kerana siang tadi kena hujan... kasut pun basah.... maka malam tu jalan-jalan di pekan Chiang Mai pun berkaki ayam nak pi cari selipar.














Tips dan info



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...